December 26, 2013

Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum...

Nak abiskan cerita percutian ke negeri di bawah bayu ni....

Selepas breakfast di KPR, selepas puas berposing sakan, balik bilik dan rehat2 luruskan kaki jap. Pukul 9 camtu kami pun check out untuk meneruskan perjalanan ke KK. Perjalanan yang best pepagi ni tak banyak kereta, sejuk dan nyaman dan view yang menarik semestinya. Perjalanan balik rasa sekejap, betul la kata orang...kalau kali pertama pergi ke sesuatu tempat, perjalanan tu rasa lambat. Ini kerana, flora dan fauna menyambut kedatangan kita, mengucapkan selamat datang...betul ker idak, tak tahu la...

Jambatan Tamparuli

Singgah sini acara wajib. Masa pergi Kundasang haritu dah terlajak so balik mesti kena singgah gak. Selama ni dengar lagu jambatan tamparuli jer, kali ni tengok sendiri depan mata jambatan tu...


Ni la jambatan Tamparuli tu yer...nk tengok dengan jelas kena sengetkan kepala. Semua gambar diambil menegak, bila diupload dah jadi melintang pulak...tak tahu naper...(pada yang arif tolong ajarkan, boleh ke nak rotate gambar yang dah diupload dalam blog?)

Bandar KK
Pintu gerbang kat Jesselton Point.

Ikan todak ni kat roundabout sebelum ke Pasar Kraftangan tu kalau tak silap.

Ni view di sebelah Anjung Senja Food Court. Selama 3 hari di KK, banyak waktu makan kami di sini. Makanan sedap dan harga pun berpatutan.

Ini juadah seafood kami pada malam terakhir di Sabah. Makan untuk 4 orang cost kurang lebih rm100.

Pasar Kraftangan KK...tempat untuk shopping buah tangan. Segala aneka ada dalam tu....sebut jer nak ape...


Nampak rumah air di sana tu..?

Switz Paradise Hotel tempat bermalam untuk 2 malam. Bilik ok, kemas...bilik air pun bersih...tapi pengalaman malam pertama tidur sini, ermmm....mengigau sampai mok kejutkan aku...tak pernah2 aku mengigau camtu sekali...untuk repeat hotel ni di masa akan datang, mungkin tidak sama sekali.  

Masjid terapung di Teluk Likas. Gambar banyak tapi dah jadi melintang bila diupload...


Bangunan Yayasan Sabah

Jesselton Point. Plan hari ke 3 di Sabah nak meneroka pulau Manukan atau Sapi tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Holiday di tempat orang diuji dengan gastrik yang teruk, sampai tarik nafas pun menyucuk dada...bergegas mencari Klinik 24 jam seawal jam 6 pagi. Terjaga jam 2 pagi, kalau ikut hati dan dan tu jugak nak gi klinik tapi mok menghalang. Maklumlah tempat orang, takut perkara lain pulak yang jadi. Pengalaman perit namun tetap indah...  

View Jesselton Point dari atas Bukit Bendera, KK.

Nice view kan..?

Atas Bukit Bendera KK.


Ni la rupa lobi hotel Switz Paradise tu. Selain tidur yang tak berapa lena kat hotel ni, yang paling tak best kena bayar parking. Maklumlah hotel ni lokasinya di tingkat 3, Kompleks Asia City.  Walaupun untuk guest hotel ada diskaun 50% tapi still tolak campur masih dalam amount yang agak banyak. 3 hari 2 malam kami di KK  jumlah dia cecah 40 ringgit gak la.

Last but no least, barang2 yang sempat dirembat di KK yang sempat dicapture oleh kamera. Ignore kuih cincin yang hancur lebur tu yer..ni kes letak dalam kargo la ni...shopping ala kadar jer...banyak benda tapi tak menarik bagi aku.
 
Ok...itu aje la percutian di Sabah kata kau....Sabah best pasal Gunung Kinabalu. Yeah...
 






No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...