December 30, 2013

Dungun, TerengganuKU...

Assalamualaikum...
 
InsyaAllah, 2 hari lagi kita akan masuk ke tahun 2014. Mesti ramai yang tengah bercuti kan...? Menghabiskan cuti tahunan yang mungkin masih bersisa. Tak la macam ambe ni, belum hujung tahun cuti dah habis...yilekkk...tak tinggal 1 hari pun...ambik unpaid leave lagi ada la...dashyat la tahun ni..nak buat camane, banyak hal yang datang dan pergi yang menuntut kudrat seorang yang bernama IBU ini...insyaAllah...impian dan harapan mudah-mudahan Allah akan memudahkan segala urusan di tahun hadapan. Amin yarrab..
 
Balik kampung pada 22 Nov 2013, hujung minggu selepas balik dari Sabah. Penat memang penat...drive balik pagi Sabtu, gerak balik KL the next day, hari Ahad (kes takde cuti dan baru aje balik bercuti). Tujuan utama menemankan siadik untuk balik daftar masuk belajar. Kalau ikutkan dia, dia nk bike sorang2...tapi hati nurani ibu ni tentu sekali risau yang amat so berkonvoi la kami...siadik bermotor, siibu follow dengan kereta. Tak kisah la lambat atau cepat, yang penting selamat sampai ke kampung. Syukur alhamdulillah....

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam waktu yang singkat itu. Nasib malang pulak bila aku berdebuk cam nangka busuk jatuh tangga...huhu...ni kes licin la ni...dah kena gi klinik bagai...sakit tengkuk nak pusing...makan ubat syukur alhamdulillah sihat dan boleh drive balik hari Ahad tu....dugaan Allah tanda Allah sayang kita...Always think positif.
Ni Jambatan ke Seberang Pintasan dan Teluk Bidara. Dulu masa tak ada jambatan ni, kalau nak ke seberang sana (selain melalui jalan yang jauh) kena naik sampan kolek mudik ke hulu. Masa sekolah dulu selalu gak naik sampan ke rumah kawan di Seberang Pintasan. Hati kering betul masa tu, tak takut langsung. Sekarang dah takut2 (banyak) berani (sikit jer), feri yang besar tu pun takut, ini kan pulak naik sampan kolek.
Ni Pantai Teluk Lipat. Banyak duit kerajaan berhabis untuk bina tembok sepanjang pantai ni, takut kejadian hakisan yang teruk bila ombak kuat berulang.
Pantai Ganu yang indah...hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, ku sanggup redah hujan batu jua...hehe...

Last but not least...speciliaty in Terengganuku...keropok lekor. Keropok ni boleh terus dimakan begitu saja tak perlu nak menggoreng dan menambah kolesterol bagai. Rasa ikan yang lazat dan segar dari dalam periuk...kalau tak cayer cuba la bila ke Terengganu.

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...