December 26, 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Haaa...jalan2 lagi...kali ni ke tanah tinggi lak...dah lama nak pergi sini dengan anak2...saje santai2, lari dari hiruk pikuk kota, konon...sedut udara segar, nyaman...memang best...
Konvoi Siputih (3 kereta) bersama 3 adik beradikku...seronok sesekali bersantai bersama keluarga. Mok pun turun ke KD bersama adik dari kampung.

Gerak dari KD lebih kurang jam 9 lebih. Maklumlah bila dah ada budak2 kecik, macam2 kerenah mak ayah kena hadap. Standard la tu...kecuali la i ni...siap untuk diri sendiri jer...hehe...dah sampai kat MRR2 jem dashyat la pulak, ingat semua orang nak gi Bukit Tinggi atau kurang2 pun nak masuk hiway Karak. Rupa2nya ada kejadian lambakan sampah sarap mengunung kat tepi jalan, dah masing2 prihatin duk menengok. Yang jem dasyhatnya kat sebelah sana, sebelah sini pun join gak sekaki...huhu...

Alhamdulillah, selamat sampai jam 11 lebih camtu. Singgah RnR Gombak beli makanan dan minuman untuk bekalan. Maklumlah group besar cam kami ni takkan nak makan kat Cafe sini kot...leh botak kepala...hehe...mendaki waktu pagi masih tak banyak kereta, dalam 15 minit dah sampai kat guard house. RM12 per head including fees untuk ke semua tempat di dalam tu.

French Themed Resort...lebih 10 tahun lepas datang sini join office trip. Stay untuk semalam, best...tapi kali ni datang untuk jalan2 tengok pemandangan jer, cuci mata jer..
Masih cam dulu gak, tak berubah...


Bus stop tempat menunggu free shuttle untuk kemana-mana destinasi di dalam ni. Kami menunggu shuttle untuk ke Japanese Garden sahaja. Organic farm, rabbit farm dan macam2 farm lagi tu kami tak pergi.

Dalam kolam tu ada Swan..tak turun pun...usha dari atas jer..
Sepasang swan dua sejoli.
Tak sempat nak panjat menara belakang tu...next time kalau ke sini lagi.
Ada rasa cam kat French tak..? Huhuhu...



 Model of the day...
Model dah penat, kita makan donut dulu...
Japanese Garden.
Deme tu duk sibuk berposing ngan Kimono. 


Ikan koi yang besar dan gumuk2...
Model dapat upah eskrim lak...penat memanjat nak ke sini ooo...sampai mengah dan tercungap2....
 
Dah lepas meround, sikecik2 dan sibesar2 semua dah kepenatan. Gerak turun menjelang petang kerana adik dan mok perlu meneruskan perjalanan pulang ke Ganu. Bye2 Colmar, ade masa dan rejeki leh datang bersantai2 lagi. 
 

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...