September 23, 2013

Langkawi - Day 1

Assalamualaikum w.r.t

Mood malas bertingkat-tingkat...
Tiap kali bukak blog nak update, tiap kali gak sign out cam tu jer...
Takde modal nak berceloteh...

Trip Cik Kiah ke Langkawi ni berlaku pada 5-7 Sept lepas. Seramai 160 orang staff department SH telah menyertai 'group trip' opis nih. Acara tahunan yang baru kali pertama SH join. Syiok gak sesekali menyertai rombongan yang dibahagi kepada 3 batch ni.

Alhamdulillah, SH adalah di batch yang pertama. Flight kol 7.30 pagi, pukul 4.30 pagi dah gerak dari rumah kerana Coach dari opis ke LCCT akan bergerak pada pukul 5 pagi. Bab bangun pagi SH takde masalah, insyaAllah...semuanya dipermudahkan olehNya dan selamat mendarat di bumi Langkawi pada pukul 8.30pagi.

Bas dah sedia menunggu kami di airport dan perjalanan tak sampai 5 minit untuk ke Four Points, hotel tempat kami menginap. Sesampai di hotel, lepas berbincang dan kumpul geng, kami menyewa sebuah van untuk round2 pekan Kuah. Nak check in pun bilik lum siap lagi....lagipun batch 2 dan 3 belum sampai lagi.

Kami la batch yang paling beruntung. Banyak masa leh round pekan and shoppingggg...
PART 1-hahaha

Sunrise..
Penang nampak dengan jelas. Kalau zoom boleh nampak dua2 jambatan.
Penang lagi...I like Penang sooo much....

Ni van bawak kami round2. Sekepala dia charge rm20. Kami 7 orang jer pun...
Lenkali borong FR ni banyak2. Harga kat Giant sini, RM47. Langkawi cuma 19.90...
Kisses aka coklat puting ni tak sempat nak beli. Frust..
Whittaker's ni murah kat HIG. Hanya rm7.50. Idaman Suri harganya RM8.20.
 Tak beli ape pun kat sini. Jalan2 cuci mata..
 Hotel kami tido...





Selesai shopping, plan nak lepak2 kat Pantai Cenang tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hujan jer bumi Langkawi sepanjang berada di sana. Terus balik hotel check in dan santai2 jap sebelum 'team buiding' start at 3pm.
Bersambung untuk aktiviti lain di Langkawi...



2 comments:

Acik Erna said...

SH..avik selalu teruja kalau baca cite di langkawi ni.hotel yang SH tido ni dekat dengan pekan kuah ke dekat ngan airport

SH said...

Acik, betul tu, Langkawi memang best. Hotel ni dekat sangat dengan Airport, dalam 5 minit camtu jer...nak ke Pekan Kuah jauh skit la...

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...