July 23, 2013

2 minggu dah Ramadhan..

Assalamualaikum...
 
Segannya nak jengok blog sendiri, cam nak masuk umah orang lain la plak....
Busy amat di bulan mulia ni, kurang masa dan kesempatan untuk menhapdate blog...office hour pun dah bertukar dari 8am to 4.30pm. Balik umah dah rushing itu ini, singgah kedai la, nak masak la, nak buat itu la, ini la...kadang2 rasa diri cam lipas kudung lak...kalau dapat rebahkan badan sebentar, rasa nikmat yang amat.
 
Banyak hikmah di bulan mulia ni, kadang malu nak jawab soalan anak. Nape ibu leh masak 2,3 lauk masa bulan puasa erk...? bulan lain ibu cam 'susah' sangat nak masak...kalau masak pun simple2 jer, haaa...soalan cepumas yang aku sendiri malas nak jawab. Tengok nak jawab pun malas, masak lagi la malas. hahaha...tapi sebab musabab tu aku rasa anak aku sendiri tahu jawapan dia. Yang pasti kat umah aku ni, hanya 2 mulut untuk disuap. Kadang-kadang dan jarang-jarang la angin rajin nak masak.
 
Syukur bulan Ramadhan ni, angin rajin bertiup kencang. Seharian berlapar dan dahaga, puas hati tengok anak makan masakan kita dengan berselera. Siadik pulak jenis yang tak suka diajak berbuka di luar. Dah 2 minggu, hanya sehari aku berbuka di luar.
 
2 minggu Ramadhan, aktiviti menge'tart' telah bermula. Penat bertambah nak menyiapkan order yang tak seberapa tu. Perlu penuhi amanah mereka yang nak makan tart gulungku. InsyaAllah, semoga dapat siapkan order before balik kampung.
 
Hari Rabu lepas buka puasa di Tropicana Golf Country Resort, PJ. Otw balik umah jer, pasal tu tak lepaskan peluang join.
 
Layan gambar...
 
Ni dadih buat sendiri ni, tak de dalam list kat Tropicana tu. Haha...dadih jagung ni kegemaran seisi keluargaku.





 Desserts..colourfull...
 Ais kacang..

 Cantik dalam surau dia.
Aiskrim potong pun ada.
 
Itu jer gambar yang sempat disnap. Segan la nak over2 sangat. Gambar2 dari hp jer...

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...