November 26, 2012

Durian Crepe


Assalamualaikum w.r.t

My 1st attempt of durian crepe. Alhamdulillah menjadi la kot...bila dicomparekan rasanya dengan durian crepe yang dibeli (4pcs, rm10,) akibat keinginan untuk memakannya yang melampau. So 2 thumbs up untuk diri sendiri. 1st attempt dah tentu lah buat pun tak banyak so tak dapat lah nak disharekan dan ditanya pendapat sesapa. Sendiri buat sendiri makan, sibujang berdua nampak gaya cam kurang berminat jer ngan makanan2 camni. So siibu yang membalun sesorang...
Hari tu masa beli crepe ni, kecik bebeno, rasa makan pun tak puas. So aku bantai la buat betul2 cam bantal tidur tu...besar gedabak...ha kau...makan la puas2...boleh?




Ni nak tunjukkan rupa inti di dalamnya. Untuk resepi durian crepe ni, TQVM untuk tuan empunya resepi. Tercapai la gak hasrat hati nak buat durian crepe yang tengah meleTOP dan hot giler ni....tapi bila dah buat sendiri tu, satu pertanyaan gak yang bermain di fikiran, berapa banyak la sangat boleh diterima oleh anak tekak? Kalau untuk berbisnes mungkin berbaloi la, tapi kalau untuk makan, sekali cuba mungkin bulan depan baru rasa nak makan lagi...hehehe....

Ok...untuk my sis di Ganu. Here u are...the resepi as per requested. Kalau google, terlampau banyak resepi durian crepe sampai tak tahu nak pilih, nak buat yang mana. Kali ni SH pilih jer resepi kak Fiza Nordin untuk crepe dia. Tang inti tu semua pun dah tahu nak buat camane kan? Tapi untuk pencipta resepi durian crepe ni, sumbangan resepi ikhlas daripada anda semoga mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Ada yang langsung tak kedekut ilmu nak share resepi dan step by step. 

DURIAN CREPE

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream kemudian paipkan cream di atas durian. Kemudian lipat lah crepe tersebut. 




November 16, 2012

Salam Maal Hijrah dan kek oren

Assalamualaikum w.r.t....

Salam Maal Hijrah buat semua. Kek oren sempena hari cuti semalam, plan untuk makan-makan 2 mulut sahaja di rumah ini bertukar menjadi beberapa mulut yang menikmatinya. Syukur Alhamdulillah..


Resepi kek ni dari blog mat gebu. Memang ikut betul-betul resepi tu, tapi hasilnya cam agak kering sedikit. Tak moist dan berderai bila dipotong, tapi i likeee texture kek camni...rasa tetap sedap dan bau wangi sangat,  semerbak seluruh rumah. Credit to tuan punya resepi. Mintak izin cnp di sini.

Resepi dari blog http://www.tiffinbiru.com/2011/01/kek-oren-perawan.html

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
200 gram gula halus (mat letak 150 gram)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1 camca besar parutan kulit oren
1 camca besar jus oren
250 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbinate*(*digaul rata dan diayak)
1/2 cawan kismis, gaul dengan sedikit tepung, agak2 dalam 1 camca teh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga kembang, masukkan parutan kulit oren dan jusnya, putar sebati. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masuk kismis dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate di tengah2 kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.


November 5, 2012

Debaran datang lagi...SPM

Assalamualaikum w.r.t

Buat anakku, Kamar Adam Iskandar Bin Kamaruzaman. Good luck! Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan sempurna. Semoga Allah mempermudahkan segalanya, permudahkan Adam menjawab setiap soalan, berfikir dengan hati yang tenang dan terang dalam mengingati apa yang telah dipelajari. Semoga Adam dapat melakukan yang terbaik. Amin yarabbal alamin



November 1, 2012

Nasi Dagang Ganu kite

Assalamualaikum w.r.t

Selamat kembali bersiaran. Syukur alhamdulillah, dengan segala rahmat dan kurniaan Allah. Tak lupa juga setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita menjadi manusia yang lebih bersyukur dan lebih baik, lebih menghargai kewujudan insan-insan disekeliling kita. Al-fatihah buat anak saudaraku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 29 oct lepas.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t, pentadbir sekelian alam.


Ini nasi dagang versi Ganu kita plus sedikit versi kelantan. Cuba nak buat versi kelantan sepenuhnya dengan beras merah tu tapi takut pulak anak tekak Ganu ni tak boleh accept versi kelate. Hari tu gatai sangat duk order beras merah daripada adik yang pergi Pengkalan Kubur, sekarang beras tu dah ter'sebbek' kat situ belum dimasak. InsyaAllah, projek nasi dagang Kelantan akan menyusul.

Semangat nak buat nasi dagang ni kerana anak bujang sekarang ni dah jadi cam chef Joe pulak...pandai   komen-komen makanan la pulakkk...sedap jer dia komplen nasi dagang orang jual cam kurang sesuatu...sabo aje la....macam la ibunya sedap sangat masak nasi dagang...tapi takper, ibu tetap cuba nak memenuhi selera sianak. Bahan-bahan semua dah ada, ndak ngan tak ndak jer, so balik kerja petang Isnin tu terus sinsing lengan baju basuh beras dan kemudian rendam. Pastu siapkan segala bahan untuk membuat gulai ikan tongkol ni. Cabaran kali ini hanya diberi masa 1 jam sahaja....dan siap masak gulai lebih kurang pukul 7 camtu...(kalau ikut masterchef, dah start buat plating dah tu...tapi beras masih lagi terendam dalam rice cooker, abih camno nak masuk master chep...?) Selepas solat maghrib baru tersedar satu bahan untuk nasi tak ade. Siibu pun apelagi, kerah lah sianak ke kedai. Sambil2 tu panaskan pengukus atas dapur..bila sianak balik, bukak jer pintu terus menjerit membawa berita yang mengejutkan. Anak buahku telah kembali mengadap Ilahi, bergegas kami ke Hospital Sg Buluh. Projek untuk memasak nasi terpaksa ditangguhkan dahulu.
Namun Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t. Semoga rohnya bersama dengan kekasih-kekasih Allah...aminn...

Resepi nasi dagang tu olahan daripada Puan Azlita daripada blog Masam Manis. Mintak izin share resepi di sini. Resepi gulai ikan ayer tu, ingat2 lupa daripada mana, tapi harap-harap tuannya halalkan yer...

Nasi dagang – Source Masam Manis
4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah (i follow)
1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar halba
bawang dan halia - di hiris
Daun pisang
air
Cara-Cara
Beras dibasuh dan direndam 1 malam.
Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang
Kukus buat kali kedua.
Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
Biarkan seketika.
Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol
Acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula
Cara-cara
Timun dan lobak dihiris panjang2.
Bawang dan lada dimayang.
Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
Masukkan cuka, garam dan gula.

Simpan di dalam peti untuk seketika.
Gulai ikang AYER (tongkol)
Seekor Ikan Tongkol – rebus bersama garam sedikit dan asam keping dahulu.

1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
garam, gula dan perasa
cili api hijau
1 peket kecik serbuk kari ikan babas
minyak untuk menumis
Asam keping drpd rebusan ikan tadi

Cara - Cara
Blender bahan 2 yang bertanda *hingga hancur, kemudian  tumis sehingga betul2 masak, selepas itu masukkan rempah kari ikan, masak hingga rempah pecah minyak, Masukkan santan dan semua bahan2 lain. Masak hingga kuah mendidih dan mereneh dengan api yg sederhana, Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan.








Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...