August 27, 2012

Ceria Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Hari ini dah 9 Syawal baru boleh update blog. Alasan biasa, sibuk beraya sampai lupa aku ada blog. Tapi takper, raya setahun sekali jerk...so pengisian raya tu mesti betul2 happening...hehe..tak ada la...raya tahun ni pun cam tahun2 lepas gak, tiada yang luar biasa, semua masih seperti tahun2 yang sudah...namun syukur, pagi hari raya pertama, kami adik beradik seramai 8 orang, semua dapat berkumpul di rumah mok...mok happy..senyum memanjang...
Biasa SH jarang letak gambar muka sendiri kat blog ni, tapi kali ni nak menempel sikit. Boleh? ;P

Teratak mok...rumah tempat kami 8 beradik dilahir dan dibesarkan. Memang seronok balik kampung, rumah mok mengadap laut tapi kali ni pemandangan laut dah terhalang dengan terbangunnya rumah semi D di depan rumah mok. Nak buat camane, kalau dah depan rumah tanah orang...so now no more sea view...huhuhu...
 Di pagi hari raya pertama. My anak bujang ngan mok. Tinggi cam galah dah anak ambe sorang ni...

Ini lah lokasi photoshoot hari tu...photoshoot la sangat..Teluk Gadung Sura Hujung, berdekatan dengan UITM Dungun. Di sini pertemuan air laut mengalir masuk ke Sungai Sura...

My family members. Tahun ni ubah selera family photoshoot outdoor pulak. Jarak dari rumah mok ke sini tak sampai 5 minit berkereta..hehehe...dalam gambar tu ada adik beradik, ipar duai dan anak2 buah yang lasak2, comei2 dan hensem2....tapi bukan semua ada dalam gambar waktu ini, ada yang rushing ke rumah mentua dan juga bakal mentua...
 My 2 anak bujang...siabang berkopiah (alhamdulillah) dan siadik, taller than siabang...
 My bujangan lagi dan yang tengah tu, kalau dah ada sibujang berdua dah tentu la ada siibunya...huhuhu...

Ni berposing di petang raya. Lokasi nya di hadapan Sek Men Sura, Dungun. Ramai gak orang photoshoot kat sini so saje la tumpang sekaki. Tak de sape nak larang pun..bila berada di celah-celah pokok2 pine aka pokok rhu tu rasa cam kat nami island pun ada....cehhh....perasan tak henggat....saje la happy kan hati sendiri...
Siadik bongsuku...cam anak ngan mak pun ada erkk? dah tua dah kurasakan diriku ini....jarak umur 16thn kot..lebih kurang...hehehe....
Dah semestinya ni pantai Sura Hujung yang bersih dan cantik sekali tu....Tenang dan damai, dengan tiupan angin yang nyaman sekali.
 Pokok dan buah mengkuang, kalau tak silap aku...ekkeleh...buat2 tak tahu pulak...
 Sicubby nieceku yang comei. Husna aka Nana...cantik tak gigi saya...?
 My nieces and nephew, Aina, Nana and Amin...geram nak cium-cium..

My only abang and family. Ustaz Mohamad..
My only kakak and family.


Me and my 2 bujangan...

My sister, nombor 4 in family with her family. 
 My sister's family in purple. Si adik nombor 5...:)

My sixth sister and hubby. The only daughter (at the moment) Husna aka Nana, not in this picture.

My only adik lelaki. Sijejaka idaman Malaya...hahaha...

Si bongsu, single and available. Hahaha...misi aka nurse yang penuh dedikasi dan kuat semangat berbanding dengan saiz badan yang kecik. Wa caya lu...
Seronok dan tak puas berada di kampung tapi demi memenuhi tuntutan hidup, bandaraya KL terpaksa kujejaki lagi. Petang Rabu kami selamat tiba di KD. Siabang sibuk nak beraya dengan kawan2 dan juga keluarga arwah ayahnya di sini perlu diziarahi juga sebelum balik ke Kulim. Pagi Jumaat, bawak anak2 ku menziarahi pusara arwah ayah mereka di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Semoga rohnya tenang di sana, dicucuri rahmat olehNya dengan doa kedua-dua anakku. Aminn....Al-fatihah...

August 15, 2012

Iftar 25 dan Almond London 2012

Assalamualaikum...

Semakin rancak persiapan lebaran nampaknya. Semua tak sabar-sabar nak balik kampung namun pada waktu yang sama, sedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat kita di bulan yang suci ini akan berterusan di bulan2 yang lain juga..semoga Allah menerima segala amalan kita yang disulami dengan hati yang penuh ikhlas. Insya Allah..

Semalam kitaorang Iftar di INTAN, Kiara atas tajaan boss yang baik hati. Semoga boss akan lebih dimurahkan rezeki dan tahun depan mane tahu boleh belanja lagi. Gabungan Melayu Muslim department kami lebih kurang 40 orang hadir semalam. Seronok sesekali berbuka puasa dengan kawan2 dengan berbagai jenis juadah yang enak2 belaka...
Ni aje yang boleh disnap. Nak ambik gambar makanan satu persatu, seganlah pulak. Lagipun sibuk nak mengisi perut jer..
Second cookies yang berjaya dibuat selepas tart nenas. Nak cipta kelainan sikit almond london ni, Sh bagi sentuhan tukar kepada kaler kuning. Biasa warna hitam dah sinonim sangat dengan almond london so tahun ni biar ceria sikit, kaler pink dan kuning. Pink tiada dalam gambar. Tak de masa nak deko-deko bagai, biar je dia berposing dari dalam bekas tu...

 Siapa tak tergoda dengan cookies wajib setiap tahun ni kan...?
Nak rasa, jemputlah beraya ke rumah. 

August 14, 2012

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadan ke 25. Syukur dengan segala rahmat dan rezeki daripada Allah. Lagi 5 hari, InsyaAllah..kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Tentu persiapan raya masing2 dah kawtim kan, nak tunggu pengumuman raya aje kan. Tak kurang ada jugak yang masih bertungkus lumus untuk menyiapkan cookies raya....macam SH, kerana "kesian" terima gak lagi order tart nenas ni, last2 minit...nak buat camane, kalau nak ikut penat, hanya orang yang buat 'kuey raya' saja yang tahu camane penatnya buat cookies cenonet2 ni...orang yang tak biasa buat, ermmm...susah sikit nak cakap....atas permintaan tetamu setia blog aku ni, ni tutorial camane nak buat tat nenas gulung yer...moga pas ni leh la i merasa tart nenas u pulak...pada sape yang berminat nak buat tu, silakanlah, masih banyak masa lagi. Untuk makluman, cara di bawah adalah cara SH buat, orang lain mungkin ada cara atau kaedah tersendiri, terpulang kepada masing2 punya citarasa dan keselesaan la yer...after all, camane cara sekali pun cukup untuk membuatkan pinggang rasa macam nak tercabut dan exercise tengkuk yang agak kerap perlu dilakukan yer.... 

Pertama sekali, pamkan adunan dengan arah bercorak tu mengadap ke bawah. Yang rata tu mengadap ke atas. Pas tu letakkan jem yang telah digentel bujur, bulat atau camane rupa sekalipun kat hujung adunan tu...
Dengan menggunakan hujung2 jari anda, gulungkan adunan tersebut dengan teliti dan penuh dedikasi serta bersemangat waja. Kalau nak rupanya kemas dan cantik, gulung tu kena la perlahan-lahan. Takyah nak terkocoh2 sangat...(buat perlahan-lahan ni untuk mereka yang buat untuk makan sahaja la yer, kalau untuk bisnes, tiada istilah perlahan...hehehe ;)p
Dah gulung tu pastu potongkan dia untuk membentuk sebiji tart nenas gulung. Cam gambarajah di atas. Buat la sampai habis adunan anda.
Ni la rupanya tart nenas yang belum masuk oven lagi, yang siap digulung dengan jayanya. Makanya jadilah tart nenas gulung yang rupanya tidak la cantik, kemas atau outstanding sangat...ada yang kecik, ada yang besar tu standard la...dah nama pun handmade, bukan machine made or factory made...tak gitu..?
 Ok...ni rupa dia lepas dibakar. Bakar selama 20 minit, suhu 170. 
Alhamdulillah, SH ni bukanlah bisnes cookies besar-besaran. Banyak gak order tapi terpaksa ditolak, takut tak mampu nak buat sensorang. Tahun ni pun dalam 1000pcs jer SH terima order. Sebahagian dah dicollect oleh customer. Misi tart nenas dah berjaya....syukur...

*Selamat mencuba*

August 8, 2012

Manik blink blink..

Assalamualaikum...
Ramadan ke 19 hari ini. Alhamdulillah..mesti masing2 dah sibuk ngan preparation untuk hari raya kan..? Cam  iklan dalam tv tu, lambat nanti terkocoh-kocoh pulak...first time tengok iklan tu, cam pelik lak ayat tu, sampai anak bujang tanya...'terkocoh-kocoh'????...kalau guna perkataan kelam kabut atau tergesa-gesa lagi manis didengar kot...hehehe....ni kena tanya pakar bahasa la...buat Sh, baju 'dejavu di kinabalu' anak bujang berdua dah dibeli. Akhirnya jumpa gak setelah beberapa tempat disurvey. Syukur...anak2 dah besar tak banyak kerenah...yang perlu sepasang baju melayu sahaja untuk hari raya pertama. T'shirt, shirt atau jeans tak perlu yang baru...yang lama pun tk ape, janji masih muat dan elok dipakai. Lagipun anak-anak cam dah tak 'heran' nak baju baru...lain la kecik2 dulu, ibunya yang terover...hehehe...  


Ini projek menjahit manik SH zaman dolu-dolu. Sekarang dah gantung jarum dah. Kalau buat pun untuk diri sendiri jer...takde ambik upah lagi, kenangan menjahit manik ni, nak menyiapkan sehelai baju (leher, tangan) ambik masa berminggu jugak. Letih tak usah cakap la nak menilik manik yang halus mulus tu...bila teringat dan tengok gambar ni balik, rasa cam tak percaya diri sendiri yang buat. Boleh? hahaha...
Nostalgia menjelang hari raya.
Layankan aje....


Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...