July 27, 2012

Tazkirah Ramadan - Puasa-day 7

Assalamualaikum.

Untuk sahabat yang bertanya, lately kenapa tak de entry makanan berposing dalam blogku ini, sorryy dear...bukan tak masak. Bulan puasa ni rajin sangat masak, tapiiii makanan semua tak dapat nak berposing kerana kamera tak ade. Setakat kamera bb tu, ada la...tapi kualiti gambar tidak seberapa. Itu sebab yang pertama, sebab kedua, laptop dah tkde, kena hangkut kat anak bujang ke kulim sana...so Broadband pun dah tkde function kat umah tu, dah disuspend untuk sementara waktu sementara dapat laptop baru...hehee...kalau ada rezeki lebih, rembat aje tab...kamera plak, kalau ada rezeki lebih nak cari yang cam gajah pulak...asyik cap ayam jerk...Amin ya rabb...

Copy paste Tazkirah Ramadan untuk renungan kita bersama. Renung-renungkan dan jangan banyak termenung, nanti bingung....

Puasa dan Kesihatan.

BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
· Mengulangi makanan sepanjang malam.
· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
· Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.
Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!
Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.
Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-
· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).
Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)
– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Sumber : http://tayibah.com/eIslam/puasasihat.htm

****Selamat Berbuka Puasa****

July 26, 2012

Microwave - Baik atau buruk? - puasa- day 6

Assalamualaikum...

Puasa hari ke 6 hari ni. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah...sakit sikit2, ringan2 tu biasa la...cam SH arini, dah berapa kali masuk toilet, mungkin salah makan, semalam berborong sakan kat bazar ramadan. Puasa ke 5 baru menjejak kaki ke bazar, tengok makanan semua sedap jer...ermmm...rasa nak beli semua...dashyat betul nafsu selera ni. Kalau tak dikawal, hancuss....tengok la kesannya kalau makan tak henggat, arini dah terkena ceri beri...tak tahu punca dari makanan yang mane...huhuhu...semoga dapat meneruskan puasa hari ini dengan cemerlang. InsyaAllah...

Semenjak berpuasa ni, kekerapan penggunaan microwave kat umah meningkat dengan mendadak sekali. Sudah semestinya untuk panaskan lauk, utk buka mahupun sahur. Kalau SH, siap masak air secawan untuk bancuh horlicks. Ok ker...asyik guna microwave jer?...aktiviti sihat ker ni?...nama pun ketuhar gelombang mikro....dengar pun cam gerun gak...SH ingat pernah 1 hari tu, masa tu SH nak panaskan nasi bekal kat microwave office. SH berdiri depan microwave tu sementara menunggu makanan siap. Ada sorang manager ni, dia tegur SH, jangan berdiri depan microwave semasa microwave tengah berjalan, bahaya. Tak sempat tanya dia kenapa. Pelik gak SH, tapi dia yang masa tu nak lalu depan microwave, tak jadi, sanggup dia lalu jauh dari microwave tu...camtu sekali ker teruk kesan microwave ni? Ini info yang SH google secara ringkas. Terpulang la pada masing2 empunya diri yer tapi bagi SH, persoalan sekarang, perlu ke SH nyahkan microwave yang ada kat rumah tu. Rasa sayang la pulak...tapi mencegah lebih baik dari mengubati....ermmmm.....

Microwave oven : Ketuhar Gelombang mikro


Microwave oven (MO) boleh dikatakan ada di setiap buah rumah di Malaysia. Kesan dari penggunaan MO telah banyak didokumenkan.
Satu kajian di Switzerland diketuai oleh saintis makanan dan biologi Dr Hans Hertel telah mengenalpasti kesan makanan MO. Selama lapan minggu, lapan orang telah ditempatkan ditempat persekitaran terkawal yang sama dan diberi makanan mentah, masak secara biasa dan makanan MO. Sampel darah diuji selepas setiap jamuan. Makan MO menyebabkan perubahan ketara pada sifat kimia darah.
Satu lagi kajian di Stanford University mengkaji kesan susu ibu MO. Salah seorang ketua saintis itu berkata “Dengan MOkan susu ibu, walaupun di seting pada tahap rendah, tetapi masih boleh memusnahkan beberapa ciri keupayaan melawan penyakit”. Mereka mengesahkan selain daripada memanaskan, ada banyak perubahan yang mencurigakan berlaku pada komposisi susu.
Pada awal 1991, satu saman mahkamah telah dikenakan pada hospital Oklahoma USA setelah seorang pesakit mati kerana diberi darah yang telah dipanaskan dalam MO.
Di Rusia, MO diharamkan pd tahu 1976 kerana kesan negatif pada kesihatan.

Beberapa kesan menggunakan MO :-

- memakan makanan yang dimasak dalam MO menyebabkan kerosakan sel otak secara “memintas putus” impuls elektrik dalam otak
- pengeluaran hormon lelaki dan wanita berkurangan atau berubah jika mengkonsumi makanan MO berterusan
- mineral, vitamin, dan nutrien dalam semua makanan mO berkurangan atau berubah , oleh itu badan kita tidak dapat sebarang kebaikan daripada makanan tersebut
- mineral dalam sayuran berubah menjadi radikal-bebas penyebab kanser
- makanan MO menyebabkan tumor kanser perut dan lambung
- penggunaan berterusan makanan MO menurunkan sistem imun
-penggunaan makanan MO menyebabkan kehilangan memori, penumpuan, ketaksatbilan emosi, dan penurunan kepintaran.
- MO mengubah bahan makanan, menyebabkan masalah penghadaman
- makanan MO kehilangan 60 hingga 90 % gelombang tenaga penting dan MO memecutkan disintegrasi struktur makanan
- makanan MO mengurangkan kebolehan badan kita mengambil vitamin B-komplex, vitamin C, vitamin E dan mineral esential dan lipotropik

Kesimpulannya MO menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain. MO memusnahkan khasiat makanan dan melemahkan tubuh badan kita. Oleh itu kita harus berfikiran menyahkan Microwave Oven dari rumah kita.
Source: http://popcorn-km.blogspot.com/2008/06/kesan-penggunaan-mikrowave-oven.html

*****Selamat Berbuka*****

July 24, 2012

Puasa - Day 4

Assalamualaikum...

Semoga belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa! Rindu sangat nak mengupdate blog, namun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa lupakan dulu hasrat hati nak letak gambar2 masakan dan resepi. Cerita ceriti pun banyak yang dah basi...jangan makan makanan basi dah...')..bila dapat tempek gambar pun tak tahu la...ermmm....sedihnya...

ok...petang nanti masak ape untuk buka? SH masak simple2 jer, maklumlah 2 mulut aje untuk disuap kat rumah tu...kadang menitik airmata, teringat anak yang jauh, makan ape la dia...semoga Allah sentiasa merahmati dan murahkan rezeki anakku di bulan yang suci ini. Aminn...

Kelebihan Bulan Ramadan


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Source: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/


July 12, 2012

Kek Majerin Daisy

Assalamualaikum..... Lebih kurang butter cake la tapi SH gunakan majerin daisy. Buat untuk tetamu yang istimewa, iaitu keluarga dari kampung. Guna bekas aluminium pakai buang tu jer...ni kes malas nak lenser loyang bagai. lagipun baru balik kerja, adik ipar pun kebetulan nak datang rumah lepas maghrib. Alhamdulillah...sedap...adik ipar siap tapau lagi...
Kualiti gambar tidak memuaskan. Bahan-bahan***** 5 biji telur saiz A 160 gram gula kastor 200 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 240 gram majerin daisy 1/2 sudu teh esen vanilla Almond flakes untuk ditabur atas kek *****Cara-cara... Satukan butter dengan gula. Putar sampai adunan bertukar warna krim. Masukkan telur satu persatu.Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Saya kaup balikkan jer tepung sehingga sebati dan tepung habis. Bakar suhu 180 sehingga masak. Oh lupa...taburkan almond flakes sebelum kek dimasukkan ke dalam oven. Senang aje kan?

July 11, 2012

Jelajah Janji ditepati (Penang & Kulim)

Assalamualaikum....... Tengok tajuk cam gempak habis kan...? Tapi memang tak dinafikan, jelajah Penang kali ini bagai menepati janji pada anak-anak untuk berjalan dan menerokai Penang. Dah beberapa kali plan untuk ke Penang, tetapi keadaan dan sebab2 tertentu yang tidak mengizinkan tapi kali ini Alhamdulillah, dapat jugak menjejakkan kaki ke Penang bersama anak2 bujang tersayang...
Sambil menyelam minum air. Rancangan asalnya adalah untuk menghantar si bujang ke Kulim. Hari pendaftaran untuk sesi kemasukan pelajar baru ke Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim. Memandangkan jarak Kulim dan Penang tidak lah berapa jauh, kami mengambil peluang untuk bermalam di Penang selama 2 malam. Dan awal pagi pada hari Ahad kami bergerak ke Kulim, Kedah.
Bergerak dari KDsara seawal jam 7.30pagi dan sampai di Penang lebih kurang jam 1 petang. Apalagi terus jalan2 cari makan kat Padang kota. Alhamdulillah, cuaca panas terang benderang.
Gani Pasembor ni yang paling popular kat Penang. Memang sedap..berbagai pilihan, pilih jangan tak pilih, tapi jangan terkejut kalau dah dicharge rm20 atau rm30 untuk 1 pinggan pasembor!!
Ais kacang penghilang dahaga, rm4 untuk 1 mangkuk ni...
Char Kuey tiaw udang, order 2 pinggan, bila tanya harga, rm16! Woowww!! terkezut beruk dengan harga yang melampau...udang 3 ekor, dah kuey tiawnya ciput aje. Rasa...not recommended at all! Ingat lebih sedap dari KL/PJ tapi believe me, lagi bagus kuey tiaw pak cik van depan MCD Pusat Bandar Damansara, dengan 2 ekor udang baru berharga rm 4 sepinggan. Kalau tak cayer, sila lah ke PBD pada waktu makan tengahari.
Bersusun pasembur dia, pilih jangan tak pilih...
Siap potong dan dihidang, sedia untuk dijamu ramai2...
Lepas makan jalan2 kat Padang Kota. Hirup udara laut yang segar. Ada yang nak masuk Fort Cornwallis. Tiket masuk rm2 jer yer...Francis Light statue sedia menyambut kedatangan anda. Anak buahku yang comel, yang tak reti nak duk diam, asyik nak berjalan jer...tak nak didukung, penat mak dan ayahnya mengejar cinonet nih.

Depan Fort Cornwallis..
Bila masing2 dah kepenatan, kami terus ke Perumahan Kastam Bukit Gelugor untuk check in. Penginapan kami kali ini dibantu oleh pegawai kastam yang bermurah hati menyewa kondo dengan harga yang agak murah untuk keluarga besar kami. Kondo yang begitu luas giler, sampai budak2 boleh jogging dalam tu, boleh main bolasepak lagi...hahaha...memang berbaloi dan puas hati sangat. TQVM untuk adik jugak yang banyak membantu.
Pagi Sabtu, seawal jam 8 pagi dah keluar rumah untuk jalan2 terokai Penang. First stop breakfast dulu kat Astaka Taman Tun Saadon. Ni la dia serabai...ermmm...cam biasa dengar jer nama serabai ni...60sen sekeping.
Lepas breakfast, start our journey to Penang town. Drive kat Penang ni kena lebihkan sabar yer. Driver2 kat Penang ni...buat SH serik, di KL/PJ rasa drivernya lebih berhemah dan bertolak ansur. Dah nampak Komtar dah...parking kat depan Komtar, open space parking, per entry rm3. Pastu jalan2 round bandar.
Komtar. Tingkat 60 open for public for viewing tapi hanya dibuka office hour jer...so tak dapat la nak naik ke tingkat 60 untuk view Penang. Hari bekerja saja bukak.
Komtar. Kompleks Tun Abdul Razak. Ni gambo ambik senget yer, bukan Komtar yang senget. Hehe...
Cantik Balai Bomba dia...merah tanda api, merah tanda berani..:p
Apa yang sempat disnap, snap jer lar..
Jalan2 sampai lebam. Pergi pasar Chowrasta. Borong tshirt dan fridge magnet. Siabang sempat beli jam tangan lagi...Casio Watch rm95.
Jeruk madu Pak Ali ni memang famous tapi mungkin kerana popular dan dikenali ramai harga dia mahal sikit daripada jeruk kat kedai2 lain. Jeruk Pak Ali ni sekilo rm12, kalau tempat lain boleh dapat dengan harga rm7 dan buah salak rm10. SH rembat gak jeruk Pak Ali ni pasal nak rasa kesedapannya camane. Beli gak jeruk campur 2 peket, rm12 dan jeruk kedondong rm6.
Dah abis pusing bandar kami ke Jeti lak untuk naik feri ke Butterworth. Saje nak merasa naik feri. Kalau datang Penang, tk sah kot kalau tak naik feri.
Star Cruise Libra...kalau tak silap...
Dah sampai Butterworth, kami ke stall jeruk pakcik ni. Lupa la nama tempat ni, tapi dekat aje dengan Jeti dan stesen bas Butterworth. Adik ipar dah beberapa kali datang sini. Pakcik ni punya la pemurah yang amat, sampai aje kami, diletakkan kerusi, dihidangkan jeruk dan air mineral sebotol sorang. Punya la peramah dan baik hatinya dia. Jeruknya pun sedap, tak rasa ubat yang kuat atau nak terbatuk bila makan. Harga pun murah. So apalagi, masing2 memborong jeruk sakan...
Terliur tak tengok jeruk2 ni...kalau tak terliur, something wrong with deria rasa korang...hahahha...
Tu nama kedai dia, Makndak jeruk. Kalau datang Butterworth, singgah la ke sini. mesti korang akan berpuas hati. Pakcik pemurah sangat, dah beli siap bagi percuma lagi.
Usai menyopping jeruk, kami ronda-ronda jap. Pastu masuk balik Jambatan, tol rm7 yer...kali ni kami ke Bukit Bendera pulak. Ada 2 orang ni, gayat sangat nak naik keretapi Bukit Bendera tu...sampai sini tengok aje pasai takut nak naik atas. Siapakah orang itu? hahaha...
Train Bukit Bendera yang berwajah baru. Wajah lama yang warna merah tu kalau tak silap...ntah...sh pun first time mai Penang...
Wink...wink...gambar eksklusif dari tuan rumah, walaupun gambar ni goyang, tapi cam best jerk...sempat anak bujang snap ni masa train lalu kat belakang...boleh la...
View Penang dari atas Bukit Bendera. Cerita stop dan gambar stop di sini kerana kamera cap ayamku sudah tamat riwayatnya di Penang ini. Selama 7 tahun dia berbakti pada aku, dah sampai masa dia berehat. Huaaa...kena cari bajet dulu nak beli kamera baru. So selagi tak dapat kamera baru, nampak gaya blog ni akan direhatkan sementara. hehe...Alhamdulillah, sibujang sulong telah selamat berada di bumi Kulim. InsyaAllah dipanjangkan usia, beliau akan berada di sana selama 3 tahun. Doa dan harapan semoga abang akan berjaya dalam kos yang dipilih. Semoga sentiasa tabah dan sabar di rantau orang. Ibu akan sentiasa merindui dan mendoakan keselamatan abang. Amin...
Search google untuk gambar ni. Credit to tuan punya gambar http://arepitt.blogspot.com. Mintak izin tempek sini yer...TQVM

July 5, 2012

Samosa Mini aka kiut

Assalamualaikum...
Angin rajin bertiup kencang. Alhamdulillah, projek melipat samosa lagi, kali ni kerja lebih rumit kerana rupa samosa yang kecik dan kiut miut itu. Ini kes nak menghabiskan kulit popia yang dah hampir keras macam kertas. Berjaya dapat dalam 20pcs.
Macam2 rupa ada, ada yang sememeh, ada yang kemas jer...tapii...dah leh amik order ni...hahahha)p
Ni la rupa anak bujang bershopping. T'shirt, kemeja dan seluar lebih kurang sama jer colournya. Kalau dah itu kesukaan dia, apa nak dikata. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Aminn...
Maksudnya: "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Amin Yarrabil alamin.

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...