June 30, 2012

Bubur Jagung

Assalamualaikum... Happy weekend peeps. Hari ni kesihatan masih lagi tidak berapa baik...selsema dan batuk...selsema yang tak tahan tu, asyik haccum...haccum..ok la...tak de idea...berbalik kepada bubur jagung di atas, tak tahu nak buat apa dengan jagung yang banyak dari Cameron Highlands. Kalau kat sana jagung rebus dia sedap sangat...manis tapi ni bila dah dimasak rasa macam kurang sikit. Rupa jagung pun tak berapa cantik bulat, kemek2 jer isinya...Layan aje la...alhamdulillah...

Red Velvet Cup cake

16pcs - Saiz S = RM40

June 26, 2012

Samosa Ayam Kentang

Assalamualaikum... Jangan gelak yer tengok rupa samosaku yang tk berapa nak tigasegi ni. Main lipat aje la, tanganku ini bukanlah kreatif. Tak berseni kata orang...takper la...boleh la...)P Projek melipat samosa ni berlangsung malam tadi dengan keadaan mood yang begitu rajin sekali semasa ketiadaan anak2 bujang di rumah. So bagi mengisi masa lapangku selain daripada mengadap TV yang cerita entah apa2, baiklah kiranya aku membuat sesuatu untuk santapan anak tekak kami. Alhamdulillah, pagi ni baru goreng dan breakfast samosa ni...krup krap krup krap...

June 20, 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalamualaikum.... Rasa nak nyorok kan muka jer tengok rupa puding ni...eeee...malu sendiri...kerja tangan yang tak berseni langsung. Tu la kan...biasa orang berseni ni orang yang sabar, kalau dah kurang kesabaran, camtu la jadinya. Terpandang puding ni kat http://nurniezza.blogspot.com/ semalam, so teringin nak buat. Tapi hasilnya tak lah sebeautiful cik Nieza buat;)Nasib baik buat sikit aje, kalau tak jenuh gak nak melapis, nak tunggu keras dulu, pastu melapis lagi...oooo cannot...cannot...SH ni tak sabar orangnya...:P Apa kena mengena orange dalam resepi ni erkk...? hahaha...belasah aje la... ~~~~~Puding Sagu Pelangi~~~~~~ Resepi asal: Gert Sumber: Kak Lina PG, Kak Yatie, Nieza ***Bahan-bahan*** • 1 cawan biji sagu putih • 1 liter air • 20 gm serbuk agar-agar • 11/2 cawan gula pasir • 3 helai daun pandan • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan) • 3 jenis pewarna kegemaran Cara Membuatnya 1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat. 2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal. 3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih. 4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api 5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau. 6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau. 7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

June 19, 2012

Ketupat Mini Nona dan kuah kacang

Assalamualaikum... Hidangan mata jer la yer...blueberry cheese cake...very small portion, buat sekadar nak menghabiskan balance cream cheese hari tu. So sekejap aje dah yillek dibalun oleh kedua anak bujangku... Looks yummy but high cholestrol...hahaha.. Our dinner last night. Tak payah nak tunggu raya la sangat kalau nak makan nasi himpit ngan kuah kacang ni yer...kalo dah teringin sangat tu, rajin-rajin la ke dapur (cam SH ni...hahaha) dan kerjakan dia, kita buat dia kan...? Since barang2 semua memang dah ada, so tak payah pening-pening kepala...blender ape yang patut dan tumiskan, leburkan jer dalam periuk. Biar mereneh dan pekat....walaaaa...siap terhidang juadah yang simple dan mengenyangkan. ****updated*****Resepi Kuah Kacang yer.... KUAH KACANG by: Dayang Jack 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar) 5 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 batang serai* 1/2 inci halia * 3 cm lengkuas* 1/2 inci belacan bakar* 1 batang serai (diketuk) 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka) 2 sudu makan gula merah/gula melaka garam dan gula pasir (mengikut citarasa) air secukupnya Kisar bahan2 bertanda * Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa. kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb. untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

June 17, 2012

Pasta Carbonara Udang

*****Buongiorno!!***** Wahhh....dah cakap Italia gitu, mentang-mentang pagi ni breakfast Italian Food...yummyy...pasta carbonara udang...errmmm...sedapnya...sesekali ubah selera untuk breakfast, kalau tak asyik nasi lemak, roti canai, mihun goreng...bosan jugak kan..? Syukur pagi ni hujan turun sekejap membasahi bumi, semoga hari ni hari yang ceria dan santai bersama family... Untuk resepi pasta ni, cam biasa la, SH guna Carbonara Mushroom tin biru tu...dah ada mushroom kat dalamnya so tak payah letak mushroom pun tak ape...dah sedap, dah cukup pekat, SH suka kuah yang agak cair sedikit, so cuma tambahkan air sedikit. Cantik shape pasta tu kan? Rebus sehingga lembut dan masukkan sedikit mentega supaya dia tidak melekat each other. Untuk resepi kuahnya, SH dadukan 2 ulas bawang putih, 1/2 biji bawang besar, dan kalau suka pedas, hiris halus cili api. Tumiskan bahan-bahan ni dan SH masukkan jugak sehelai daun basil. Pastu masukkan sos carbonara dan sedikit air, masukkan udang, kalau ada cendawan butang, masukkan cendawan, masak sehingga udang masak dan pekat. Jangan lupa garam, perasa dan SH masukkan juga sedikit serbuk lada putih. Taburkan dengan sedikit parsley flakes semasa menghidang. Sedia untuk di ngappp... Pekena pulak dengan white coffe Ali Cafe...ermmm...recomended white coffee dari SH. Tolong rekomen jer pasal ianya memenuhi citarasa anak tekak SH dan anak2...tak dapat komisyen pun..hehehe... Haa...ni lah dia pasta yang SH guna tu. Harga masih ada lagi kat situ, murah aje harganya kan? Beli kat Bagus Bakery kt sini. ******Arrivederci****** (Italian language got it from Google...hehehe...)

June 16, 2012

Jom Minum Teh...

Assalamualaikum.. 2 hari ni, cuaca panas bertambah buruk dengan keadaan berjerebu yang teruk. Tersedar daripada tidur terbau asap yang menusuk hidung, bergegas keluar bilik dan menjengah keluar tingkap, kot2 la ada kebakaran ke, jiran masak lupa tutup api ker...sape tak panik kan...? tapi memang kebakaran hutan di Sumatera ni begitu memberi kesan kepada negara kita. 2 hari ni jugak badan rasa kurang sihat. Nak kata demam, tak demam, tekak tu rasa perit dan kering sangat..kepala pulak sakit berdenyut-denyut....Hari ni dah tak tahan sangat sakit kepala telan sebijik actifast. Pastu terus pengsan 2 jam..hahaha....bangun tadi teringin nak minum sesuatu yang segar, masam dan wangi. So teringatkan lemon yang dibeli di Tesco pagi tadi, maka terhasil lah teh o lemon ni...segar sangat, nyaman jer rasa lepas pekena teh ni...teh tu pulak teh yang tak de brand punya, kiriman daripada orang kampung yang pergi Cameron haritu...'not bad' rasa teh ni...bau pun wangi sangat... *******Jom pekena teh dulu********

June 15, 2012

Restoran Chef Zaidah - D'jeumpa

Assalamualaikum... Sesekali food review, boleh kan? Almaklum lah minggu ini minggu dapur tidak berasap langsung! Believe it or not...! Malunya pada diriku sendiri...itulah akibatnya kalau dah 'sibuta kehilangan tongkat' nak ke kedai pun payah....nak beli barang dapur, lauk pauk...terpaksa kutangguhkan dulu...end up semua juadah terpaksa dibeli.. Alhamdulillah, semalam keretaku kembali sihat, dah discharge dari hospital, Syukur, semoga lepas ni 'sihitam manisku' tidak akan meragam dan sakit yang 'major' lagi...insyaAllah..harapan dan doa kupanjatkan pada yang maha esa. So semalam, sempat lah ke Carefour KD untuk mencari barang2 keperluan. Si bujang pulak, mengadu 1 hari tak makan, kes bola punya pasal sampai tidur meninggi hari, pastu petang sambung tidur lagi...bertuah punya anak, tapi bukan selalu camtu, aku faham, bila cuti aje tidurnya terlebih...so singgahlah di Restoren D'Jeumpa ni...dah banyak kali gak ke sini, dan nasi goreng D'Jeumpa tu dah 2 kali masuk ke dalam perutku. Sedap pada anak tekakku la...wangi jer bau dia pasal ada bunga kantan. Nampak bunga kantan yang diracik halus kat atas tu? bila tergigit bunga kantan tu, huihh...nikmatnya...tu yang aku rekemen kan kat sini...harganya RM7, portion yang agak besar, sorang tak abis makan...pekena pulak dengan teh o ais limau...ermmm...yummyy... *******apalagi...jom! jalan2 cari makan*******

June 9, 2012

Chocolate Chips Famous Cookies

Assalamualaikum w.b.t Syukur Alhamdulillah. Dapat meng'update' blog adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Kadang2 bila dapur tidak berasap, atau bila tiada aktiviti yang 'sihat' blogku ini akan bersawang tanpa kunjungan. Tiada modal nak berkata-kata, walaupun kadang kala hendak sekali menjadikan blog ini medan luahan rasa, hati dan perasaan tapi takut blogku jadi muram dan suram kerana semestinya luahan hatiku sesuatu yang tidak mengembirakan.. Minggu ini penuh dengan drama kekalutan dan keresahan hati. Bercuti pada hari khamis kerana membawa sibujang untuk medical check up, ke JPN untuk mencari pegawai kerajaan kelas A, untuk mengesahkan sijil2 dan mengambil surat beranak, ke kedai gambar untuk mengambil gambar dan juga ke pejabat pos. Semuanya berjalan lancar dan syukur Allah mempermudahkan segala urusan. Siap sibujang belanja siibu makan nasi briyani lagi. Namun kusangka panas hingga ke petang, bermula semalam hariku suram dan umpama orang buta kehilangan tongkat apabila keretaku terpaksa tersadai di bengkel atas kerosakan yang aku sendiri tidak tahu ape punca dan sebabnya. Kalau ikutkan umur keretaku, tidak 'logik' dia mengalami kerosakan yang begitu, namun itulah takdir dan dugaan Allah buat diriku.Kuterima dengan penuh sabar dan redha di hati, walaupun jauh di sudut hati ini, hanya Allah yang tahu...kos untuk membaiki sahaja lebih daripada 1000k...hati mana tak rawan, hati mana tak sasau, dengan sibujang yang nak masuk belajar pada 8 july nanti...semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit... Inilah lumrah kehidupan, dugaan yang sedikit sebanyak menginsafkan aku, kadang kita di atas, kadang kita dibawah, senang lawannya susah, dan kalau selama ini aku begitu selesa ke sana kemari, dalam beberapa hari ini, perlu la aku mencari jalan bagaimana untuk ke tempat kerja. Bermacam-macam perasaan sedang berkecamuk dan berlegar-legar di hati dan minda ini...perasaan yang tak mampu untuk kuluahkan dan adukan pada sesiapa, hanya Allah tempat untuk mengadu. Namun akan kucuba untuk terus berlapang dada menerima dugaan dari Allah ini..semoga dugaan-dugaan ini dapat mengkifarahkan dosa2ku sebagai hambaNya yang kadang2 lalai dan lupa. Semoga ada hikmah disebalik setiap ujianNya. ********Ok...panjang pulak sessi luahan hati kali ini. Okey...kita berbalik kepada choc chips famous cookies ni, pepandai lak tukar nama...hehehe... Minggu ni tak dapat keluar membeli barang dapur seperti yang biasa dibuat setiap hari Sabtu. Tadi suruh sibujang ke Speedmart membeli gula dan minyak masak, Oat Krunch tak nak ke bu...tanya sianak...siibu pulak menjawab, tak payah nanti ibu buat. So kena lah tunaikan janji dengan sianak, maka petang tadi, kugodekkan jugak cookies yang senang dan enak ni..yang pasti cookies ni tak manis sangat dan aku hanya gunakan brown sugar untuk resepi ni..kebetulan pulak bahan2nya semua ada dalam simpanan. Resepi seperti berikut yer...200gm butter, 100 gm gula perang, 1 biji telur, kocok dan campurkan 1 camt esen vanila, secubit garam, 200gm tepung gandum, 200gm nestum, choc chips, badam dan walnut. Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur yang dah dikocok tadi, gaul sebati. Masukkan tepung dan nestum tadi, kacau menggunakan senduk/spatula. Masukkan choc chips dan badam tadi, saya tambahkan walnut jugak...sudukan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking sheet. Bakar sehingga keperangan dalam 20 minit camtu.. ******selamat mencuba*****

June 6, 2012

Rombongan meminang puteri Gunung Semanggol

********Assalamualaikum w.b.t******** Sabtu lepas, menyertai rombongan meminang berkonvoi sebanyak 12 buah kereta ke rumah sigadis di Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak...perjalanan yang begitu meletihkan dengan keadaan PLUS highway jem yang amat. Bergerak dari rumah adik ipar di Saujana Utama pada jam 10am dan sepanjang perjalanan dari tol Rawang jem yang teruk sudah bermula. Naik kematu vuntut duduk dalam kereta dan kebetulan pulak aku jadi passenger jer pada hari itu... Selamat sampai ke tol Bukit Merah lebih kurang pukul 3.30pm dengan keadaan perut yang berkeroncong. Yang lucunya sampai sahaja di rumah sigadis hidangan terus dihidang untuk kami menjamu perut yang dari tadi minta diisi. Macam paham-paham pulak diorang ni yer...selesai late lunch tu, baru lah sessi perbincangan dan membentangkan hajat dibuat....boleh? Boleh la...yang penting majlis berlangsung dengan baik dan dalam keadaan santai, dengan tiupan angin petang yang begitu mendamaikan. Gambar atas adalah rumah si gadis...besh kan...? Yang begitu mengujakan kami ialah, rumah mereka yang dikelilingi sawah padi yang menghijau di kiri, kanan dan belakang, begitu mendamaikan dan menyejukkan mata memandang...apa lagi kami yang jakun ni tak lepas2 berposing macam orang tak pernah jumpa sawah bendang. Almaklum la...pandai makan nasi jer, pokok nasi pun jarang tengok...hahhaha...kalangan kami ada yang anak jati PJ dan tak ada kampung langsung...sekurang-kurangnya aku ni ada jugak kampung halaman. Cuma bezanya kampung aku banyak pokok nyior dan laut yang membiru...siconet kat atas dah berpeluh2 berlarian ke sana sini...seronok sangat cam burung baru lepas dari sangkar.. Kasi layan jer la gambo-gambo yang ada ni...terlampau banyak gambar, dah jadi cam retis (perasan) plak pada hari ni....tapi tuan rumah tak nak la letak muka tuan umah yang tembam ni kat sini...buat malu jer kucing teman tengok (ada kucing ker)....aterr...padi menghijau diremang senja... Ni parit besar, tali air, ntah ape orang panggil teman pun idok ler arif..maklum kat kampung teman takde semua ni, yang ada ombak membiru jer... Sibujang teman sibuk duk memburu pepatung. Excited dia dapat bermain-main ngan dslr orang punya tu...mau idok, ibunya kamera cap ayam ajer yob...'bila nak beli dslr bu, adam nak satu la...hamboi...hamboii...macam boleh beli ngan daun jer yerr... 

Sawah bendang lagi... Pokok kelapa dara...memandai aje teman ni yer... Anak bujang teman ngan sepupunya. Adik siteruna yang bongsu... Barang hantaran daripada pihak perempuan, tema merah menyala... Hantaran daripada pihak lelaki tema grey, black and white. Tapi ada gak warna2 yang tak berkenaan menyelit... Menarik kan apam lady bird nih...teringin nak buat, resepi dah ada bila ntah nak start enjin nih...lately vitamin M banyak sangat dalam badan, tu yang payah tu... Haaa...ni kek yang teman buat tu...cantikkan bila dah siap dideko...kek carrot walnut but with butter cream. Tak dapat nak buat cream cheese bcos perjalanan jauh takut cair la pulak. Tapi buttercream pun tetap sedap... Sirih junjung yang terpaksa diberi sentuhan semula kerana daun2 sirih yang kelayuan. Last minit sebelum bertolak teman gubahkan sirih ni,keluarkan semua sirih yang layu dan cucuk jer sirih yang baru....nasib baik, rumah adik ipar tu ada pokok sirih menjalar di pagar rumahnya so takde la kelam kabut mencari sirih... Anak bujang sorang ni sibuk nak melompat. Takper kasi can dia melompat and enjoy. Tak lama lagi kena concentrate ngadap buku la...spm dah tak lama lagi, pejam celik, pejam celik dan bulan jun dah ni....ibunya gak yang risau sangat mikirkan dia...dia relax jer... Pokok tebu pun ada. Beras tak payah beli, gula pun tak payah beli. Semua tanam sendiri, ok kan...? cam best betul duk kampung ni...mesti masa banyak terisi dengan aktiviti2 bercucuk tanam...itulah kampung... Wajah-wajah ceria...senyuman manis dan menawan... Di celah dedaunan tebu, simentari mula menghilangkan dirinya. Sempat tengok sunset di sawah padi... Ni la pasangan yang berkenaan itew...sama cantik, sama padan. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan cepat2 naik pelamin. Alam pertunangan ni terlalu banyak dugaan dan cabaran. Saujana mata memandang...bila la padi aku nak berbuah ni....sekarang menghijau, nanti menguning pulak... *****end of story****...trip yang begitu menyeronokan, walaupun penat, dan nak luruh jantung bila sidrebar berdesut memecut kereta masa on the way balik ke Sg Buluh. Perjalanan hanya mengambil masa 2 1/2 jam sahaja...jusz imagine...rasa nyesal jap pasal tak bawak kereta sendiri. Tapi syukurlah...semuanya ok... *******frens...pls bare with me gambar yang tunggang langgang, ke tengah, ke tepi tu...tak tahu kenapa...dah beberapa kali adjust dan upload baru, masih gak camtu...will rectify the problem soon..kalau rajin nak menyiasat la...

June 3, 2012

Carrot Walnut Cake

Assalamualaikum...
Kek untuk my nephew yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan. Semoga pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin. InsyaAllah...
Ini pulak untuk majlis makan2 sebelum rombongan ke rumah sigadis. Alhamdulillah, ramai tetamu yang suka kek carrot ni...semoga akan bertambah rezekiku dalam berbisnes kecil-kecilan ni. Baking is my passion...
Yang ini sempat disiapkan tengahari tadi untuk majlis merisik di Johor esok. Ini untuk adik ipar pulak..semoga majlis berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Ini rupa sirih junjung bidan terjunku...selain daripada kek, sirih junjung ni juga requested by my SIL untuk majlis pertunangan si teruna sulungnya.....

Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...