May 27, 2012

Tauhu Sumbat dan Kuih Seri Muka

Assalamualaikum... Happy Sunday alls...Alhamdulillah syukur dengan rahmat hari ini. Pagi tadi menghantar siadik ke pejabat Perkeso, PJ. Semua perlu berkumpul di situ untuk menaiki bas ke POLISAS, Tanjung Malim untuk kem motivasi selama 5 hari, 4 mlm...syukur...puas gak memujuk anak bujang yang satu ini untuk ke kem tersebut...kem organize by SOCSO semuanya free, so sayang kalau dilepaskan peluang itu. Tahun lepas siabang tak banyak cerita, mungkin hanya di Politeknik Shah Alam so jarak tidaklah terlampau jauh. Berbeza dengan siadik, macam-macam alasan jauh la, itinerary boring la, clash dengan event sekolah lah...hadoiii...pening kepala ibu ni nak memujuk...menjerit gak la ibu ni, standard la, kalau dah geram tak nak dengar cakap nih...berbuih mulut siibu beri nasihat, pujukan dan termasuk jugak ugutan....baru lah akhirnya sianak akur...rela dalam paksa....bagi aku 'ugutan' tu perlu untuk menyedarkan anak2...apa bentuk ugutan...biar la rahsia....hehehehe...
Ok membebel panjang pulak...berbalik kepada tauhu sumbat di atas, itu side dish untuk dinner semalam. Sedap dimakan begitu sahaja...aku memang suka tauhu ni, kalau tauhu bakar lagi best kan..?
Kuih Seri Muka ni dikukus malam tadi. First time buat, alhamdulillah menjadi gak, walaupun kastad atas tu tak licin cantik...tapi ok la for the first attempt. Dapat la bersarapan seri muka ni pagi ni, nampak berseri sikit muka siadik tu...kalau tak muncung jer tapi bila tahu kawan sama sekolah pun pergi sama, kan main happy lagi...biasa la budak2 ni kalau dah jumpa geng...Resepi kat bawah yer, resepi sumber daripada blog che mat gebu.http://www.tiffinbiru.com. Mintak halal copy paste sini yer...
********KUIH SERI MUKA********* BAHAN LAPISAN BAWAH :-) 300 gram beras pulut 200 ml santan cair 1 helai daun pandan, disimpul (tak letak, letak perasa pandan jer) 1 camca teh garam BAHAN LAPISAN ATAS :-) 300 ml santan 3 biji telur 4 helai daun pandan, potong kecil (daun pandan tkde, so letak perasa pandan dan kaler hijau jer) 180 gram gula pasir 4 camca teh tepung jagung 2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum Beberapa titik pewarna hijau (kaler hijau i lain skit rupanya) CARA MEMBUATNYA :-) Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat. Sambung kukus untuk 10 minit lagi. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!

May 26, 2012

Strawberry..

******Assalamualaikum*******Salam petang Sabtu. Pada mulanya sekadar untuk testing besarkan gambar kat blog. Selama ini gambar-gambar kat blog ni kecik aje, walaupun masa meng'upload' tu dah diklik large. So pada petang ini, mendapat ilmu untuk besarkan gambar di blog ini daripada seseorang. So cuba la upload gambar Strawberry ni, menjadi pulak...Alhamdulillah...so alang-alang dah letak gambar strawberry baik lah kiranya kuisikan ilmu khasiat Strawberry ni untuk pengetahuan semua. Khasiat strawberry tu sumber dari pakcik google yang setia. Dapat dari blog http://princessviolet87.blogspot.com. Mintak izin copy paste di sini yer untuk pengetahuan bersama...TQVM... ~~~~~~~~~~Khasiat Strawberry~~~~~~~~~ Strawberry mampu mengurangkan kadar kolestrol. Strawberry dapat membantu mematikan sel kanser. Strawberry dapat mengurangkan gejala strok. Strawberry mengandungi zat anti alergi dan anti radang. Konsentrasi tujuh zat antioksidan yang ada pada buah strawberry lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif untuk mencegah proses pengoksidaa pada tubuh (pengoksidaan ialah hancurnya jaringan tubuh karena radikal bebas. Oksida juga menyebabkan pada proses penuaan). Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak. Strawberry mengandungi sedikit gula juga dan sesuai untuk diet bagi pengidap penyakit diabetes. Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. Khasiat sampingan dapat melambatkan proses penuaan. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi. Strawberry dapat merawat radang sendi. Daun strawberry juga berkhasiat karena memiliki zat astringent. Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberry setiap hari, dapat menghentikan serangan diare. Keperluan vitamin C bagi orang dewasa setiap hari hanya dengan makan 8 buah strawberry (98 mg). Keperluan serat juga sekaligus dapat dipenuhi. Untuk kesihatan, strawberry paling bagus dimakan dalam keadaan yang segar, baik makan begitu saja ataupun dibuat juice. Pesanan: Hati-hati dalam menyimpan buah ini, karena strawberry yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberry lain yang disimpan bersamanya. Strawberry dapat tahan 4 hari di peti sejuk. Tetapi di freezer, buah ini bisa bertahan selama 1 bulan dengan cara penyimpanan yang betul. Atur strawberry secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, lalu bekukan kembali. Cara penyimpan seperti ini sesuai untuk membuat juice. Dengan banyaknya kegunaan strawberry, yakinlah bahawa memang buah ini sesuai disebut buah cinta, kerana ia dapat menyihatkan tubuh badan.

May 25, 2012

Cameron Highland, Pahang..

******Assalamualaikum, salam 1 Malaysia******* ~~~~~~updated~~~~~dah dibesarkan gambar semua...yeahhh...;)
Lama gak tak menhapdate blogku ini...dapur tak berasap gitu. Kali ni edisi gambar2 lama bersama family. Family gathering ke Cameron Highland 2 tahun lepas. Terlalu manis kenangan bersama keluarga yang begitu jarang sekali dapat bergather2. Gambar2 dah berterabur tak ikut susunan yang betul...layan aje la...kenangan manis mengusik jiwa...gambar atas tu masa baru sampai ke Boh plantation...mood happy semua orang...
Adam dan husna, anak sedaraku yang comel. Sekarang dah 3 tahun dah, semakin kiut dan bertambah temban.
Ni on the way balik...penat lah sangat sampai lentuk mengalahkan driver...driver relax jer...
Kek coklat with strawberry on top of the cake...ke Cameron Highland tak sah kalau tak beli stoberi...
Orkid-orkid yang cantik bergayutan...
Adam tengah menikmati keindahan ladang teh, Bharat Tea...nice view here...shopping bermacam2 jenis teh...
Ni rupa apartment yang kitaorang sewa kt CH. Apartment Arabella, kalau tak silap harga dalam 300 lebih untuk 1 malam. Apartment yang cukup selesa untuk keluarga besar kitaorang....3 bilik tidur dan satu sofabed kat hall....tidur malam dalam kesejukan yang teramat, menggigil nak pijak lantai...segar dan nyaman sangat...after 2 years, sekarang CH sejuk lagi tak?
Bunga2 yang sempat berposing di ladang Mardi...cantik2 dan segar....
tomato pun nak berposing sakan...hijau menawan, sejuk mata memandang...
Orkid kuning memikat kalbu...
Gadis pingitan dan bunga tak dapat dipisahkan...senyumlah hai cek mek molek...
Adam berposing sakan, anak bujang yang satu ini
Siabang dgn si Aiman...abang low profile sikit...
Salah satu bilik kat apartment Arabella...puas hati dengan apartment yang bersih dan kemas...cadar, bantal dan selimut semuanya bersih dan tak busuk....
Kulihat hijauuu...jom kita petik daun teh...
Trip yang begitu menyeronokan bersama family....Semoga saat2 manis ini akan berulang lagi....insyaAllah satu hari akan datang CH lagi...

May 17, 2012

Puding Jagung

Assalamualaikum...******Lamanya tak buat puding jagung, sampai resepi yang paling senang ni dah ingat2 lupa gitu....petang tadi buat kek coklat order, so ada lebih susu cair, apelagi terhasil la puding jagung yang lemak2 manis, tk manis sangat kerana telah dikurangkan gulanya...
Ni resepinya kawan2....*******PUDING JAGUNG*******1 cwn tepung kastad, 1 cwn jagung krim, 3/4 cwn gula (asalnya 1 cwn), 3 cwn air, 1 cwn susu cair, secubit garam....leburkan semuanya dalam kuali dan kacau jer sampai pekat. Bila dah pekat masukkan dalam acuan yang disukai...selamat mencuba...
Resepi tu dah lupa amik dari mana kerana dah lama sangat...mintak halal yer pada empunya resepi...kalau tak silap, jiran dulu pernah ajar camtu gak sukatan dia...tq pada jiranku juga.... ******Gud nite****

May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

*******Updated*******....ada yang bertanya camane nak membuat wrap ni...takde buat dikk...ni rupanya WRAPS ready made yang beli kat Giant jer....harganya rm6 lebih untuk 8 keping....pastu isi dalam tu terpulang kepada masing2 punya selera la....yang di bawah tu adalah burger chicken ramly (goreng dan kemudian pecahkan telur), daun salad, timun dan tomato. Kemudian boleh la diletakkan sos cili dan mayonis...terpulang pada selera masing2....kalau nak buat scramble egg pun (gambar bawah ni) boleh aje....pastu gulung mengikut citarasa tersendiri...pastu makan.....WRAPS tu kena panaskan dulu dalam 3,4 minit di dalam oven atau microwave....ok...
Assalamualaikum...good Sunday morning.... Selamat hari ibu, biarpun hari-hari sepatutnya hari ibu buat anak2 yang sentiasa mengingati ibunya....bukan hanya pada hari Ahad ke 2 bulan May semata-mata.
Alhamdulillah...pagi ni dapat lagi bersarapan bersama anak2 tercinta. Biarpun sarapan yang simple daripada seorang ibu yang terlebih vitamin 'M' kalau hujung2 minggu ni kan....hehehe...lagipun hari ni hari ibu, so ibu sepatutnya dapat lebih special treatment'...tak yah masak, tak yah kemas rumah, tak yah buat laundry....boleh...?
Chicken fold teroverr ni request daripada anak2 sejak semalam, pagi ni aje baru dibuat....siadik tak cukup satu fold tu mintak dibuatkan lagi satu....selera betul anak2 aku ni....abang dapat la mengalas perut sebelum ke tempat kerja... Semoga anak2ku membesar menjadi anak soleh dan sentiasa menghargai dan menyayangiku....doa ibu sentiasa mengiringi kalian....amin yarabbal alamin....
Ni pic ku bersama mok tercinta..semoga mok sentiasa sihat, sejahtera dan cergas dalam menjalani hidup seharian di kampung. Aku sayang mok selalu...muahhh... **********selamat berhujung minggu**********

May 9, 2012

Yogyakarta (Part 5- Dieng Plateau-Banjarnegara)

Assalamualaikum pembaca2 budiman yang sudi menjengok blogku ini....syukur Alhamdulillah...rupa-rupanya ramai gak dalam diam menjengok blogku yang tak seberapa ini..ada peningkatan dari hari ke sehari....TQ..
Ni nak share pengembaraan episod terakhir di Yogyakarta....kali ni kami ke Dieng Plateau, Banjarnegara, Jawa Tengah. Pekan utama Dieng ialah Wonosobo...gambar teratai segar kat atas tu masa kat Hotel Amanjiwo itu hari...part 3 kalau tk silap...
Ni masa otw ke Dieng Plateau,Banjarnegara. Kitaorang stop kat satu bukit tingg nak tengok view. Ni dipanggil kayu batik...diorang jual ni tapi takde la aku beli...
Nampak jer pintu gerbang Dieng Plateau Area terus happy giler. Mana taknya perjalanan selama 2 jam dari bandar Jogja begitu meletihkan. Jalan pulak bukan jalan lurus jer, bengkang bengkok dan asyik mendaki bukit jer...tiap kali melewati selekoh mendaki ker, menurun bukit ker, hon dibunyikan..supaya kenderaan yang datang sebelah sana tu lebih alert...
Destinasi pertama ke Kawah Sikidang, Dieng Plateau...kawah gunung berapi yang berasap dan menggelegak isi perutnya....
Ni dah dekat area kawah sikidang...
Ni la rupa kawah sikidang tu....panas dan tahan aje bau belerang...tutup hidung cam semput nak bernafas...kejap jer duk sini, tk tahan ngan bau belerang...
Tujuan asal ke Dieng ni nak ke sini la....Telaga Warna Dieng...ape yang menarik pun aku tak tahu la...hehe...aku ni mengikut aje mana orang nak bawak...memang tak tahu langsung pasal tempat ni...lagipun tak terpikir nak datang sini yang agak jauh dari bandar Jogja...dah sampai ke Banjarnegara kami ni...
Ni view masa on the way to Dieng...
Cuacanya begitu sejuk dan nyaman...
Trip ke sini memakan masa satu hari suntuk dan last trip sepanjang 6 hari 5 malam berada di Jogja..puas hati dan enjoy every moment berada di bumi Jogja..cuma yang tak tahan kat negara Indon ni bila dikelilingi oleh 'ulat2' yang suka menerkam kita bila nak menjual sesuatu...tu part yang paling rimas sekali...lain2 di bumi Jogja ok la...w/pun layanan di Hyatt Regency tu tak seramah dan semesra mereka kepada pelancung asing...drebar teksi pun tak berapa friendly...except supir kitaorang, pak widodo...dia ok dan peramah sangat... Ok la...end of Jogja trip...bila nak sampai ke sini lagi tak tahu la...mungkin kalau ada rezeki pun tak akan cover dah Jogja ni, mungkin akan ke Bandung ker, Bali ker...insyaAllah..dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan mana tahu rezeki adik ipar nak sponsor lagi....Aminnnn....

May 8, 2012

Agar-agar santan dan mee udang

Assalamualaikum...
Jom menjamu deria mata dengan warna hijau yang syahdu nih...haha....agar-agar santan my favourite...selalu failed jugak buat agar2 nih...keladak santan ngan telur tu tk mahu naik..tapi kali ni, alhamdulillah....boleh la...untuk menyejukkan anak tekak...
Mee udang ni plak dah jadi baja pun...kredit to Blog home sweet home kak Ummi...dapat resepi ni dari situ...mintak halal copy paste kat sini yer.... MEE UDANG Bahan-bahan ( 3-4 org):- • 1/kg mee kuning • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh) • 4 sb lada boh / lada giling • *4 ulas bawang merah • *3 ulas bawang putih • *1 sb udang kering • *1/2 inci halia (bertanda * dikisar) • 1 sb petis (akak xda stok ni..letak je belacan sikit..hehe) • 3 sb sos tomato • 1 sb sos cili • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - *akak letak 2 biji sederhana besar • gula n garam secukup rasa • taugeh n sawi - dicelur sekejap • daun bawang • bawang goreng Cara-cara:- 1. Rebus udang hingga masak, tapis keluar udang n asingkan. Air rebusan jgn dibuang. 2. Dalam periuk panaskan minyak dan tumis lada boh hingga garing. 3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga betul garing n naik bau. 4. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih. 5. Masukkan sos tomato, sos cili n petis. Renehkan kuah (dengan api perlahan). 6. Masukkan garam n gula secukup rasa. 7. Reneh lagi (# Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap.... ) 8. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah. (# Kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh.) 9. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur mee, taugeh n sawi. 10. Cara hidangan - Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.
Resepi akan menyusul...sabar yer...********RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN******* source : hanamemories.blogspot.com Bahan-bahan 10g serbuk agar-agar 1 cawan gula 1100 ml air 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam 1 helai daun pandan Cara-cara Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih. Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2. Tuang kedalam loyang atau acuan. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

May 5, 2012

Yogyakarta (Part 4-bandar Yogya)

Assalamualaikum....
Bersambung lagi pengembaraan ke yogyakarta ni...gambar banyak sangat jadi kenalah part by part....w/pun cam dah boring sangat nak update gambar2 kat sini...;( Gambar atas tu bukan sekadar gambar lampu tu, tapi nak tunjukan buah markisa tu....banyak betul buah markisa dan salad yogya ni...buah salad dia besar2 dan manis pulak tu....kitaorang ada jugak pergi ke kebun salad ni, tapi tak snap gambar, masa tu bateri kong...
Ni la pasar Beringharjo di jalan Malioboro...syurga membeli belah di Jogja...segala macam jenis barangan ada kat sini...cam biasa la kalau pergi Indon tak sah kalau tak beli batik, telekong dan macam2 la kan...kat sini best la tapi bila bersesak2 dengan umat manusia ni aku kurang berminat sikit la...tak banyak sangat shoping kat sini, cuma cari telekong dan kain batik, kain batik ela jer...
kereta kuda ni kitaorang naik pusing-pusing bandar jogja...beshh...
Masjid Malioboro...
Penat berjalan, tekak dah kering jom pekena teh botol sosro yang popular sangat ka mane2 daerah di Indon. tapi sekarang teh botol ni boleh dapat kat kedai runcit area umah aku dah...cuma ianya di dalam kotak...bukan dalam botol...teh ni ok la...rasa dia cam kelat2 sikit...
Kitaorang naik 3 becak untuk round2 bandar Jogja...pergi Karaton, Water Castle naik becak jer...sian pulak aku tengok pakcik yang bawak rombongan kami ni...mesti berat giler kami ni kan (terutamanya aku la...huhuhu)...termengah-mengah dia mengayuh becak tu...demi sesuap nasi...tapi bukan free kan....? bayarnya pun mahal ape...bayaran dah lupa...pasal aku ingat time ni, my sis in law argue dengan diorang ni cos masa nak naik cakap harga lain, bila dah selesai mintak harga lain...so takde la nak kesian orang camni kan...? bila jadi camtu, kitaorang yang memang pakat nak bagi lebih dah terbantut...
Pintu gerbang ke Kraton, kalau tak silap...
Ni Kraton..
Ni pulak Water Castle..
Nasi gudek...must try...
Water castle lagi...
Leh nampak gunung merapi dari sini...kalau cuaca terang...
Surrounding hotel lagi...
ikan-ikan kat Hyatt Regency...berenang gembira...

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...