April 30, 2012

Pulau Redang, Terengganu

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ini aku cuti...yeahh...so pagi ni no monday morning blues....pagi2 pukul 7 tadi dah keluar 'brisk walk' kat park...segar dan nyaman rasa bila keluar peluh, kalau boleh aktiviti riadah ni nak dibuat selalu tapi kekangan masa yang tidak begitu mengizinkan...hari-hari bekerja memang tak dapat la...harap pada hari sabtu dan ahad jer...kalau rajin, pagi dan petang keluar beriadah...hari2 biasa cukup sekadar senaman ringan di rumah, kalau tak pun, kerja2 di rumah dah cukup untuk membasahkan baju dan mengeringkan tekak....
Aktiviti hari ni, takde plan nak kemana-mana...just chill and relax kat rumah....kalau selalu camni kan best...hehehe...tapi aku rasa, kalau sehari dua camni boleh lagi...kalau dah makan minggu duk relax camni leh jem otak...haha..
Ok la...pagi ni nak sharekan gambar2 menarik semasa anak bujang di Pulau Redang hari tu...anaknya dah sampai dulu ke sana, biarpun siibunya anak jati Terengganu ni, belum pernah lagi menjejakkan kaki kat pulau2 di Teganu....boleh?? Anak pulak cukup teruja nak ke sana bersama dengan 3 orang teman baiknya. Package 3 hari 2 malam kat Redang Lagoon begitu berbaloi. Aku yang menguruskan hal yang berkaitan dengan booking...bila reception tu dengar aku ni bercakap loghat Ganu, dari situ kot aku dapat la jugak diskaun dalam rm20 perhead...ok la jugak kan....Ganu Kita....mekasihh....
Package termasuk la chalet, feri transfer, lunch, dinner and breakfast juga bot untuk aktiviti snorkeling. Cuma peralatan snorkeling yang perlu kita sewa seperti gugel, life jacket...rm10 untuk satu barang...untuk makan pulak, semuanya buffet, terpulang pada kita untuk makan pada kadar yang termampu oleh anak tekak...dengar daripada cerita siabang, cerita kawan2 yang dah pergi ke Redang ni, bertapa la seronoknya kalau dapat ke sana tapi aku ni jenis takut giler nak naik feri dan dilambung ombak tu...huhu...tak sanggup aku nak mabuk lauk dengan perjalanan hampir 2 jam dari Jetty Shahbandar, KT...kena pulak masa nak pergi tu, feri boleh rosak di tengah2 laut...punya la risaunya hati aku masa bersms dengan siabang...yang peliknya, feri tu boleh patah balik ke Jeti Shahbandar dan tukar dengan feri lain yang lebih besar. Kalau la saat itu terjadi pada aku agaknya dah terkucil kat situ...kuruss semangat tapi semangat anak2 jantan tetap kuat untuk meneroka laut Pulau Redang...diorang cool jer....
Beginilah kehidupan nelayan di laut, saban hari menongkah arus dan dilambung ombak laut cina selatan. Begitu tabah mereka demi sesuap nasi, demi menyara keluarga. Bersyukur la kita, dengan apa jua kurniaan Allah pada kita hari ini..rasa cam rancangan 'bersamamu' la pulak...
Ni la rupa feri ke pulau redang tu....tengok diorang semua cool jer kan...ketat dan padu...cam kata2 Loq la pulak...ala juri versus tu...hehehe
Breathtaking view beb....indahnya bumi Allah...
Hi pakwe, boleh berkenalan? senyum padu nampak...:)
Nice view...
Yang nampak bumbung tu Laguna Redang...cantik kan...? InsyaAllah, 1 fine day, I'll be here..untuk menikmati keindahan alam ciptaanMu, Ya Allah...
Nelayan2 dengan rutin harian mereka...bestnya dapat makan ikan yang segar bugar...
NI dah nak balik kot...feri duk tunggu depa....tak payah pergi kat jeti, kat situ pun boleh...bestnya....
Budak-budak nakai tapi baik hati...sayang mereka ketat-ketat...
Sipakwe merenung dan mencongak masa depan ker...? InsyaAllah akan ada masa depan yang baik buatmu anakku...amin....
Last picture ni bukan kat Redang tapi ni kat kampung siibu. Kat UITM Sura Hujung, dekat sungai Sura tu...Teluk or Tanjung Gadung namanya...dulu kitaorang masa kecik2 tidak dibenarkan sama sekali untuk ketempat ni...tempat 'keras' kata orang tua2...tapi sekarang tempat ni dah jadi tempat riadah popular seisi keluarga di Dungun ni....tapi kalau boleh, elakkan bermandi manda di situ... Oklah...nak chow dulu..last minute order la plak...karet cake n fruit tart...ok la daripada duduk relax n chill jer... ok - tata-

April 28, 2012

Blueberry Tiramisu and Marble cheese cake

Assalamualaikum dan selamat petang sabtu....
Jom menjamu mata jap dengan marble cheese cake ni....order daripada seorang sahabat untuk birthday anaknya....nak continue trip Yogyakarta tak boleh pulak kerana semua gambar kat komputer di office. Lupa nak bawak balik. Hari tu boleh la jugak layan Blog kat Office, tapi sekarang sejak kena download google chrome so no chance lagi nak isi masa pagi2 kat office tu berblog....hampeh betul....
Blueberry Tiramisu ni dibuat kerana nak habiskan baki biskut lady finger dan jugak whipping cream yang dah nak expired. Pada mulanya nak buat simple tiramisu jer...nescafe tak de pulak...terpandang la pulak blueberry filing ni kat dalam frigde...so ape lagi...thanks kepada empunya resepi. Resepi akan diletak kemudian....memang sedap sangat...Suka tengok anak2 bujang makan...2 hari jer licin satu bekas tu...Kalau letak dalam gelas mesti comei2 kan....?
BLUEBERRY TIRAMISU by: Rabiatun Rujukan : Pautan Kasih Dari blog-Azlita Masam manis Bahan untuk syrup dapat 4 cup spt di atas 150 g blueberry filling 80ml air suam 2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit sedikit parutan kulit lemon ~ optional Bahan Cream 250g cream cheese 125g whipped cream 125g whipping cream 50g gula icing~ sifted Hiasan 1 peket biskut tiramisu sedikit buah blueberry segar Cherry Coklat urai - ita tambah Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika. Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata. Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

April 27, 2012

Yogyakarta (Part 2, Amanjiwo Luxury Hotel, Magelang)

(source-google) Bersambung kembali dengan trip ke Yogyakarta, Part 2... Usai mengexplore Borobudur, waktu itu matahari tegak di atas kepala. Itulah untungnya kalau memulakan perjalanan seawal pagi, tidak lah kepanasan di atas bongkahan batu-batu candi tanpa tempat berlindung. Keluar dari Borobudur, cam biasalan ramai peniaga2 yang sibuk mengoffer barang dagangan mereka. Itulah satu hal yang paling tak suka sangat kat sini, w/pun dah digeleng kepala berkali-kali tetap gak mengekor kemana kami pergi. Tapi tak boleh nak salahkan mereka jugak, dah itu caranya mereka mencari rezeki walaupun begitu merimaskan..
Haa...ni gamba jalan nak masuk ke Amanjiwo. Ni gambar sendiri yer, bukan gambar pak gugel. Selepas penat berjalan sekeliling kawasan gerai2, kami meneruskan perjalanan untuk melihat hotel mewah yang cukup terkenal di daerah Yogyakarta ini. Hotel Amanjiwo (peaceful soul-lebih kurang)...daripada mana adik ipar tahu pasal tempat ni, aku sendiri pun tak tahu. Pak Supir tu pulak very sporting...kami singgah untuk meneroka keindahan hotel ini...memang cantik...secantik 2 keping gambar di atas...itu versi gambar keseluruhan hotel. Kami tak dapat la nak meneroka lebih jauh sampai ke kawasan bilik mereka, cukup sekadar kat reception jer....tumpang toilet Amanjiwo pun dah cukup untuk amankan jiwa...hehe...
Jalan-jalan kawasan sekitar hotel sambil duduk2...luruskan kaki yang remuk redam (ada ker?) akibat penggunaanya yang tidak terkawal masa kat Borobudur tadi. Oh yer...jarak Hotel ni dengan Borobudur tu dekat jer...boleh nampak Borobudur dari sini dan jugak kalau cuaca cantik, boleh nampak Gunung Merapi juga....tapi masa kami pergi tu, tak nampak apa2 kerana cuaca yang agak berkabus.
Walaupun penat masih boleh tersenyum lebar. Masa ni anak2 semua masih minat berposing. Kalau sekarang sorry la yer...no camera pleaseee....;0
Cantikkan..? masa ni memang takde la nak meround kat dalam ni..kalau fokus dari dalam tu mesti cantik bangat...kan..?
cantikkan...? Bunga teratai di sepanjang tepi bangunan hotel...cantik sangat...teratai layu di tasik madu...
hahaha...tuan tanah nak posing, anak bujang sibuk duk jengok dari belakang...but for me...nice shot. Kamera cap ayam pun ok gak...hehe...ni belum lagi DSLR...ok la...atleast ada gak kamera cap ayam, dapat lah jugak merakam segala kenangan di Jogja ni...di Aman Jiwo Hotel...surrounding nya yang cukup cantik....
Ni candi apa ntah...masa keluar dari hotel ni...otw nak balik ke Hyatt Regency...dah lupa nama dia...pak supir lak sporting abis bila suruh stop untuk amik gambar...setakat ambik gambar jer...tkde ape2 niat lain..
Dah abis meround Amanjiwo, kami ke destinasi seterusnya...kali ni kami bergerak ke kaki gunung Merapi untuk lunch. Part 3 akan menyusul, InsyaAllah...maklumlah nak upload gambar bukan mudah...BB cap maxis ni slow tahap gaban extravaganza gitu...;))
(SOURCE GOOGLE)...View Mount Merapi from Borobudur. Kitaorang missed this scenery kerana keadaan cuaca yang tidak mengizikan. Cuaca yang berkabus dan panas pada masa tu menghalang penglihatan dan pemandangan yang cantik ni....InsyaAllah...kalau dimurahkan rezeki, teringin nak ke sini lagi...

April 26, 2012

Yogyakarta (Part 1 - Borobudur)

Assalamualaikum w.b.t *******Alhamdulillah...bertapa leganya rasa di hati. Setelah lama mencari akhirnya dengan jayanya aku bertemu juga. Puas diselongkar segala mak nenek dalam drawer kat office tu, akhirnya ketemu jugak dengan CD gambar2 kenangan di Jogjakarta ni. Maklumlah time tu, belum ada blog, mukabuku jauh sekali so nak senang burn aje gambo dalam CD tapi tak save kat komputer. Pernah la muat naik gambar Jogja ni kat sini, tapi tak banyak gambarnya so kali ni nak upload semua untuk kenangan di blogku yang tersayang nih...
Naik burung besi AA jer....
Dari atas udara...
Jengok2 kat bawah cuci mater...
Selamat mendarat kat airport Adi Sucipto, Jogjakarta. Jarak dari tempat landing tu ke arival hall tu dekat sangat...boleh bilang berapa langkah berjalan...taklah macam LCCT nak ke plane AA tu...jenuh menapak...
Pak supir dah sedia menunggu, naik Kijang untuk ke Hotel Hyatt Regency di Jalan Palagan Tentera. Terus check in, masa sampai tu dah sore, dah tak sempat nak gi mana2...rehat2 sementara tunggu malam untuk keluar makan.
Sekitar hotel...snap2 gamba..
 
Bilik hotel tempat kami menginap untuk 3 hari 2 malam kalau tak silap. Lagi 3 hari tukar hotel bajet lak kat Bandar Jogja. Kedudukan Hyatt Regency ni lebih kurang 30 minit ke bandar Jogja. Itupun kalau tak macet la....
The next day, Candi Borobudur destinasi pertama. ni otw to Borobudur.
Tiket masuk USD yer...untuk rakyat dia boleh la bayar dalam rupiah. Untuk tourist kena la bayar dengan harga yang begitu pricy. 4 adult dan sorang tu kanak2 riang....tapi rasa siadik tu dah umur 13thn masa tu...tak tahu la naper dia kira USD 6 jer...
View Borobudur dari jauh. Mas ni tengok rasanya cam gayatnya nak panjat. Boleh ker naik sampai atas ni...hehe...tu belum nak panjat gunung kinabalu lagi tuh...
Siadik dan siabang. Bare in mind yer, siadik tu sekarang tingginya dah mencecah 171cm yer....muka pun dah matured sangat dah...
I like this photo very much...1st holiday (oversea la konon) dengan bonda tersayang. Rezeki bonda untuk sama2 ditaja oleh insan yang berhati mulia...

Tak larat nk menaip banyak sangat. lagipun line BB kat umah ni slow gilos. Letih den..untuk kenang-kenangan biarpun trip ke Jogja sudah lama berlalu. Jogja pun mungkin dah banyak berubah selepas meletusnya gunung Merapi beberapa tahun lepas (lupa tahun apa-kena gugel dulu)..salah satu yang berubah, semua visitors ke Borobudur diwajibkan memakai kain batik sebelum masuk ke Borobudur. Apa tujuannya idak la diketahui tapi mungkin gak nak tunjukan yang batik tu asal dari negara diorang. Itu yang diorang berebut sangat dengan Malaysian kan...? sedangkan masing2 punyai kreativiti tersendiri dalam menghasilkan corak dan design batik... Ok...nanti akan ada part 2,3...banyak sangat gambar, so tak leh buat 1 episod jer...tungguuu....

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...