January 27, 2012

Birthday boy's cake


Assalamualaikum...

Ini la kek behday untuk anak bujang semalam. Ini gak pilihan dia, pas diberi pilihan nak kek apa...mungkin dah boring sangat asyik makan kek jer...balik keje semalam, singgah bakery shop beli barang untuk buat tiramisu. Bila cakap kat anak bujang nak buat tiramisu, ditolaknya mentah2...tk nak tiramisu katanya...nampaknya siibu kena pendam dulu hajat nk makan tiramisu...hehehe

Pastu aku terus godekkan blueberry cheese cake ni...kebetulan plak semua bahan2 dah ada...so si abang ok....arini dah siap tapau 2,3 ketui untuk 'kawan' yang suka sangat blueberry cheese ni...


wallaaa...very yummyy...but 1 slice only for ibu....

January 26, 2012

Selamat Hari lahir


Gambar tahun lepas, Kamar Rezuan, siadik Kamar Adam Iskandar dan Pok Uda..

Assalamualaikum...

Hari ini genap 18 tahun Kamar Rezuan bin Kamaruzaman. Anak pertama yang tercinta. Susah senang, perih jerih, suka duka ibu membesar dan mendidik abang berseorangan selepas 28 Oct 1995 selepas pemergian ayahmu mengadap Ilahi.
Tak terucap dengan kata2, tak tergambar dengan perbuatan untuk menghuraikannya. Cukuplah Allah yang maha esa mengetahui apa jua yang ibu lalui dalam membesarkanmu.
Terlalu banyak doa dan harapan ibu pada abang...namun ibu tetap percaya pada qada' dan qadar Allah...semoga abang menjadi anak yang terbaik di dunia dan juga di akhirat....Amin, amin yarabbal alamin..

Selamat menempuh alam dewasa.

January 22, 2012

RV Cuppies





Balance RV cuppies yang dibawak ke rumah kawan sempena behday anaknya...
Kasi posing skit...

January 19, 2012

che' mek molek, che' mek comei...


Assalamualaikum...

Hi alls...hari ni SH masak bekfast yang special dari negeri Ganu. hehehehe...kuih tradisional yang tak jemu2 untuk dimakan. Kuih che' mek molek, che' mek comei dan yang sewaktu dengannya...janji yang molek2 saje untuk kuih ni...walaupun rupa yang kubuat ni tak berapa nak molek, ada kecik, ada besor...biasalah mood tukang masak di pagi hari...mood yang ngantuk, bila dah ngantuk, tu yang datang mood yang kurang ghajen...kannnn??


Sedap dan senang nak buat...SH main belasah jer sukatan tepung dan keledek tu...tak ikut sangat resepi...main taram jer...bila dah jadi sedapppp...lembut dan rasa keledek dia, tk de la keras kejung rasa tepung jer..

Bahan-bahan
3 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya

Cara-cara Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

January 18, 2012

Jom makan mee udang...


Assalamualaikum..

Syukur dengan rezeki dinner kami malam ni...simple dan mengenyangkan...w/pun tk cukup aksesori, tak de hal...janji lazat dan berkhasiat...


bye..

January 17, 2012

RV Cupcake for hantaran




Assalamualaikum...
Order from my sis's fren kt HKL sana untuk hantaran adiknya.
TQVM..




Lainkali order lagi...
ok..

Suka hatiku


Source- Google

Edisi boring....no masak2...thanks Pak Google for the nice flower.
I like lavender...

January 14, 2012

Rainbow cupcake




Assalamualaikum...

Kek yang menarik, tertarik...
Suka2 buat..nk isi masa lapang...
boring...
silakan...

Just for me- part 2!!



My small kitchen.
Renovation completed on 2 Jan for simple table top and cabinet. Except for the built in hob, the rests all sponsored by someone yang baik hati. Thanks so much...
Alhamdulillah....my dream comes true..

Just for me- part 1!!




PK Time, Mid Valley
24 Dec 2012..

Alhamdulillah dengan rezeki dariMu, Ya Allah...

Carrot walnut cake



Edisi kek tertunggak, order dari Lili dari PESROB..dah jadi baja dah..
gambar untuk kenangan...

2.5kg each...

January 13, 2012

Salam Jumaat


Lokasi: Pantai Sura Hujung, my hometown.

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tk bersiaran, tk main masak2...rindu sangat nak update blog kesayanganku yang dah bersawang ni....TQ my fren, Amerdip kerana sudi menjadi follower setia blogku yang tak seberapa ini. Semalam Amer dah tanya kenapa tak ada lagi resepi baru dan gambar makanan? hehehe...susah nak menjawabnya....banyak sangat sebab tapi yang utama sekali kerana kamera cap ayam ku dah dalam keadaan tenat. Nak dicari penggantinya, belum ada rezeki. Rezeki bonus, rezeki 'LSA' semua dah habis ke lain...insyaAllah, kalau ada rezeki lain, akan aku usahakan untuk mendapatkan penggantinya...almaklum lah kamera aku tu, dah kat seploh tahun usianya...hehehe...

Kenapa tak guna kamera hand phone?...bukan tk nak guna, tapi tk sama dengan sebijik kamera yang fungsinya memang mengambil gambar. Yer dak...?
Di pagi Jumaat yang mulia ini, entry pertamaku di tahun 2012, marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah, dengan pemberian rahmat usia, kesihatan dan rezeki dan bermacam-macam lagi kepada kita. Jadilah hamba-hamba yang bersyukur....alhamdulillah...

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)"


"Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) Kurnia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)"

Salam

Featured Post

Cerita ceriti buat Passport Malaysia

Assalamualaikum... Saje la nak share pengalaman buat passport. Ahad lepas, 5 March pergi buat passport kat Jabatan Imigresen Kela...