November 1, 2012

Nasi Dagang Ganu kite

Assalamualaikum w.r.t

Selamat kembali bersiaran. Syukur alhamdulillah, dengan segala rahmat dan kurniaan Allah. Tak lupa juga setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita menjadi manusia yang lebih bersyukur dan lebih baik, lebih menghargai kewujudan insan-insan disekeliling kita. Al-fatihah buat anak saudaraku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 29 oct lepas.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t, pentadbir sekelian alam.


Ini nasi dagang versi Ganu kita plus sedikit versi kelantan. Cuba nak buat versi kelantan sepenuhnya dengan beras merah tu tapi takut pulak anak tekak Ganu ni tak boleh accept versi kelate. Hari tu gatai sangat duk order beras merah daripada adik yang pergi Pengkalan Kubur, sekarang beras tu dah ter'sebbek' kat situ belum dimasak. InsyaAllah, projek nasi dagang Kelantan akan menyusul.

Semangat nak buat nasi dagang ni kerana anak bujang sekarang ni dah jadi cam chef Joe pulak...pandai   komen-komen makanan la pulakkk...sedap jer dia komplen nasi dagang orang jual cam kurang sesuatu...sabo aje la....macam la ibunya sedap sangat masak nasi dagang...tapi takper, ibu tetap cuba nak memenuhi selera sianak. Bahan-bahan semua dah ada, ndak ngan tak ndak jer, so balik kerja petang Isnin tu terus sinsing lengan baju basuh beras dan kemudian rendam. Pastu siapkan segala bahan untuk membuat gulai ikan tongkol ni. Cabaran kali ini hanya diberi masa 1 jam sahaja....dan siap masak gulai lebih kurang pukul 7 camtu...(kalau ikut masterchef, dah start buat plating dah tu...tapi beras masih lagi terendam dalam rice cooker, abih camno nak masuk master chep...?) Selepas solat maghrib baru tersedar satu bahan untuk nasi tak ade. Siibu pun apelagi, kerah lah sianak ke kedai. Sambil2 tu panaskan pengukus atas dapur..bila sianak balik, bukak jer pintu terus menjerit membawa berita yang mengejutkan. Anak buahku telah kembali mengadap Ilahi, bergegas kami ke Hospital Sg Buluh. Projek untuk memasak nasi terpaksa ditangguhkan dahulu.
Namun Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t. Semoga rohnya bersama dengan kekasih-kekasih Allah...aminn...

Resepi nasi dagang tu olahan daripada Puan Azlita daripada blog Masam Manis. Mintak izin share resepi di sini. Resepi gulai ikan ayer tu, ingat2 lupa daripada mana, tapi harap-harap tuannya halalkan yer...

Nasi dagang – Source Masam Manis
4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah (i follow)
1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar halba
bawang dan halia - di hiris
Daun pisang
air
Cara-Cara
Beras dibasuh dan direndam 1 malam.
Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang
Kukus buat kali kedua.
Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
Biarkan seketika.
Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol
Acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula
Cara-cara
Timun dan lobak dihiris panjang2.
Bawang dan lada dimayang.
Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
Masukkan cuka, garam dan gula.

Simpan di dalam peti untuk seketika.
Gulai ikang AYER (tongkol)
Seekor Ikan Tongkol – rebus bersama garam sedikit dan asam keping dahulu.

1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
garam, gula dan perasa
cili api hijau
1 peket kecik serbuk kari ikan babas
minyak untuk menumis
Asam keping drpd rebusan ikan tadi

Cara - Cara
Blender bahan 2 yang bertanda *hingga hancur, kemudian  tumis sehingga betul2 masak, selepas itu masukkan rempah kari ikan, masak hingga rempah pecah minyak, Masukkan santan dan semua bahan2 lain. Masak hingga kuah mendidih dan mereneh dengan api yg sederhana, Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan.








No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...