January 13, 2012

Salam Jumaat


Lokasi: Pantai Sura Hujung, my hometown.

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tk bersiaran, tk main masak2...rindu sangat nak update blog kesayanganku yang dah bersawang ni....TQ my fren, Amerdip kerana sudi menjadi follower setia blogku yang tak seberapa ini. Semalam Amer dah tanya kenapa tak ada lagi resepi baru dan gambar makanan? hehehe...susah nak menjawabnya....banyak sangat sebab tapi yang utama sekali kerana kamera cap ayam ku dah dalam keadaan tenat. Nak dicari penggantinya, belum ada rezeki. Rezeki bonus, rezeki 'LSA' semua dah habis ke lain...insyaAllah, kalau ada rezeki lain, akan aku usahakan untuk mendapatkan penggantinya...almaklum lah kamera aku tu, dah kat seploh tahun usianya...hehehe...

Kenapa tak guna kamera hand phone?...bukan tk nak guna, tapi tk sama dengan sebijik kamera yang fungsinya memang mengambil gambar. Yer dak...?
Di pagi Jumaat yang mulia ini, entry pertamaku di tahun 2012, marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah, dengan pemberian rahmat usia, kesihatan dan rezeki dan bermacam-macam lagi kepada kita. Jadilah hamba-hamba yang bersyukur....alhamdulillah...

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)"


"Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) Kurnia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)"

Salam

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...