November 10, 2011

Puding Kasih Bertaut lagii...


Assalamualaikum....

Puding yang enak...pasal tu buat lagi...ermmm...kali ni buat 1 kaler jer...pastu adunan yang dalam tu cam terlembik skit, tu yang rupa dia tak berapa cantik, bila dikeluarkan dari acuan dia pecah2 gitu...puding ni dah dikurangkan gulanya yer...untuk adunan luar tu, aku gula brown sugar jer...tk campur gula putih dah...

Resepi kat bawah. TQ for empunya resepi yer..

source: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan (saya pakai susu cair)
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.

Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula (saya guna 1/2 cwn brown sugar)
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais

Selamat mencuba!

2 comments:

Acik Erna said...

Assalam SH..memang nak kena cuba ni..kalau dah buat banyak kali..mesti sedap ni..terima kasih shrekan resepi disini.

Nieza said...

sedapx2...suka tgk warna yang cun ni:)

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...