September 13, 2011

Biskut Daisy

Assalamualaikum...

Baru nak tayang kukis yang dibuat malam tadi. Ni feveret sianak bujang ni...biskut mazola resepi asalnya tapi since aku dah guna minyak jagung daisy, so aku tukar la jadi biskut daisy....hehehe...kacang tu pulak balance yg dibuat kuah kacang semalam...ala...senang sangat biskut mazola ni...pejam mata pun leh buat...ape lagi orang cam aku yang banyak sngt vit M ni, main gentel2 jer...tak payah susah2 nak terap2 bagai...hasilnya tetap menten gitu..huhuhu.

Saiz2 nya pun tembam2 cam tuan dia....hahaha...anak bujang pun tegur, ape bu, besar-besarnya....so aku jawab la...orang besar mestilah makan makanan besar2....hahahha...lantak ler...jnji ade rasa, InsyaAllah...rupa kemudian kira...bukan nk masuk competition pun kan....? Alhamdulillah...


Ok resepi kat bawah ni. Sesapa yang nak buat, sila la...resepi ni sumber dari forum cari kalo tak silap. Mintak izin tuan punya nak C&P kt sini...

Biskut MAZOLA

Bahan2

1 mangkuk kacang tanah (digoreng jangan sampai rentung/hangus, nanti mazola pahit..samada nak sangai atau goreng guna minyak, tu terpulang...kak anis suka yang digoreng dengan minyak sebab kaler mazola akan cantik) dan dikisar.

1 mangkuk gula halus
2 mangkuk tepung gandum
Minyak Mazola original (jgn campur dengan minyak masak pula sebab nak jimat kos punya pasal) secukupnya hingga doh boleh dikepal dan dibentuk- (saya guna minyak jagung Daisy)
kuning telur utk sapuan.
kacang tanah disangai utk hiasan.

Campur tepung + gula + kacang tanah kisar . Gaul sebati. Masukkan minyak mazola hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dikepal.bentukkan ikut suka, sapu kuning telur dan letak kacang tanah atasnya.Bakarlah hingga masak kekuningan...

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...