April 29, 2010

Marble cake



haaa....actually, dah lama nak sangat cuba resepi marble kek ni...dapat resepi ni dari cari.com. Mmng sedap sangat kek ni tapi frustnyer kek ni tk berapa nk jadi... tenggelam plak dia kt tengah2...frust betul...tapi rasa mmng maintain marveles gitu...Ingat buat ni utk oder my opismate tu, terpaksa la buat yang lain, ikut resepi asal Kak Hanieliza...tapi belang2 dia mengancam kan?

Rich Marble Choc Cake Sheila Mambo

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...